Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Saat Dahi Mencecah Tanah

Di saat dahi mencecah tanah, rasa hina merajai diri tidak ada bezanya aku dan tanah kita serupa tapi, mengapa seringkali diri ini alpa? Di saat dahi mencecah tanah, tanpa apa-apa alas sekalipun rasa itu datang yang diri ini rupanya hamba hamba kepada Yang Maha Satu tapi, mengapa diri ini seringkali alpa? Di saat dahi mencecah tanah, mutiara-mutiara itu, jatuh satu per satu moga membawa bersama dosa-dosa yang lalu Menyedari hakikat diri yang nanti akan jua kembali pada tanah yang di pijak ini dan jua pada Yang Empunya Diri #sungguh ingin merasai lagi, nikmatnya solat tika sujud, dahi mencecah tanah#

Jantung itu.

Dup dap dup dap dup dap.. eh salah, lup dup, lup dup  lup dap.. Kita  jarang perasan jantung ini tidak pernah berhenti berdegup. Amat setia kepada tuannya, berbakti tanpa pernah berehat untuk memastikan tuannya terus bernyawa. tapi... pernahkah kita menyangka bahawa jantung ini sebenarnya taat kepada Penciptanya, hinggakan tidak pernah terputus tasbih yang di ucap olehnya dalam bahasanya sendiri. Terus bertasbih sampailah masanya nanti untuk menamatkan perkhidmatannya terhadap si tuan. Apa tajuk entry ni sebenarnya? Disebabkan memory ini memerlukan masa untuk menyusun segala maklumat-maklumat phlebotomy, maka ia di beri cuti rehat untuk menyelesaikan segala kekusutan mereka. Eh, faham ke? Blog ini pun sudah semakin berhabuk, maka dengan mengisi masa cuti rehat ini, mungkin boleh berkongsi sedikit cerita, meluah segala perasaan tensi yang berbakul-bakul,  marah, errr, mungkin. Huhu Cuba dalam senyap-senyap, tak kisah bila-bila, lepas solat ke, tengah tunggu or