Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Hilang

'Bila adik nak balik kampung ?' 'Tak tau, minggu depan kot. Nak balik hari ape ?' 'Hari isninlah.' Malam itu, satu panggilan diterima dari mama yang mengajak adik untuk balik ke kampung. Adik tinggal dengan saya untuk beberapa minggu disebabkan dia sedang menikmati cuti sem selepas raya aidilfitri. Pagi hari Rabu 9/8/2017, kami  dikejutkan dengan satu panggilan. 'Kakak, kakak.. bangun. Abah dah takde.' Bagai berpinar kepala saya masa itu. Bangun dengan terkejut.  Masih bermimpikah aku ? 'Kakak, banguun, telefon kakak.' 7 miscalled.           Ya Allah. Apa yang dah terjadi. Adik terus bangun, mandi. Saya masih tidak percaya. Lembab betul otak saya pagi itu untuk memproses maklumat, sampaikan adik banyak kali menggoncang tubuh saya agar menelefon kakak  yang berada di Klang. Saya menurut arahan tanpa berfikir panjang. Kakak meminta saya pergi ke KTM terdekat, bermakna saya perlu pergi ke KTM Sungai Buluh. Ti