Skip to main content

Hilang




'Bila adik nak balik kampung ?'
'Tak tau, minggu depan kot. Nak balik hari ape ?'
'Hari isninlah.'
Malam itu, satu panggilan diterima dari mama yang mengajak adik untuk balik ke kampung. Adik tinggal dengan saya untuk beberapa minggu disebabkan dia sedang menikmati cuti sem selepas raya aidilfitri.
Pagi hari Rabu 9/8/2017, kami  dikejutkan dengan satu panggilan.
'Kakak, kakak.. bangun. Abah dah takde.'
Bagai berpinar kepala saya masa itu. Bangun dengan terkejut.  Masih bermimpikah aku ?
'Kakak, banguun, telefon kakak.'
7 miscalled.
          Ya Allah. Apa yang dah terjadi. Adik terus bangun, mandi. Saya masih tidak percaya. Lembab betul otak saya pagi itu untuk memproses maklumat, sampaikan adik banyak kali menggoncang tubuh saya agar menelefon kakak  yang berada di Klang. Saya menurut arahan tanpa berfikir panjang. Kakak meminta saya pergi ke KTM terdekat, bermakna saya perlu pergi ke KTM Sungai Buluh. Tika itu jam menunjukkan tepat 9 pagi. Jika saya ke KTM ia mungkin memakan masa dua ke tiga jam. Ah, tak boleh jadi.
         Sakit betul kepala saya ketika itu. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menaiki bas ekspress sahaja untuk balik ke kampung dan itu bermakna saya perlu kejar tiket bas pada pukul sepuluh ke Sungai Besar. Jam menunjukkan pukul sembilan lima belas pagi. Saya terus mengemas baju sekadarnya untuk adik dan diri sendiri. Mandi pun tidak, hanya sempat membasuh muka, menggosok gigi dan berwudhuk. Saya terus mencapai telefon bimbit dan me ‘request’ grabcar dari Wangsa Maju ke Pudu Sentral.
          Sampai di Pudu Sentral, kami bertukar keputusan untuk menaiki grabcar sahaja dari lokasi kami ke Sungai Besar. Dan Alhamdulillah kami bernasib baik, ada juga pemandu yang sudi menghantar kami selama dua jam setengah ke kampung Bagan Terap. Sepanjang perjalanan, kami senyap. Hanya bercakap disebabkan panggilan telefon yang banyak berdering dari mama dan abang kakak. Mama sudah menangis di telefon mengharapkan kami cepat sampai ke rumah sebelum abah dikebumikan. Kami, kalau waktu itu boleh terbang , kami sudah terbang. Terbayang wajah abah, terbayang kata-kata abah.
           Sepanjang dua jam dalam kereta itu, barulah saya boleh menghadam satu-satu, bnyak betul persoalan saya. Dan paling utama sekali, bagaimana semuanya ini boleh terjadi. Abah sihat-sihat sahaja sewaktu kali terakhir saya pulang dua minggu yang lepas. Keadaan abah sepeti biasa. Abah tidak sakit, kondisi abah biasa-biasa sahaja. Tiada tanda apa-apa pon. Timbul juga perasaan sedikit marah dengan keadaan yang berlaku.
           Sampai di rumah, sudah ramai tetamu yang hadir. Saudara mara dan jiran tetangga memenuhi ruang tamu rumah.  Masa itu jugak hujan turun , mulai lebat. Abang Long menunggu dihadapan pintu rumah menyambut kami yang baru tiba. Usai bersalam, sempat abang berpesan 'air mata tolong jaga'. Kami pun masuk ke dalam rumah. Kami bersalam dengan mama lantas berpelukan. Lama. Tetapi tidak bercakap sepatah apa pun. Kami mendekati jenazah abah. Jenazah abah sudah siap dimandikan dan dikafankan.

Mama tanya ;  ' nak tengok tak ? bukaklah..'

Adik ; 'taknak, takut, jomla bukak sama-sama'


Mama membuka kain yang menutupi wajah abah. Bersih. Nampak sedikit kesan abah jatuh di bilik air di dahi. Abah bagaikan tidur, cuma dada abah tidak berombak seperti biasa. Abah senyap sangat. Terlalu senyap. Tiada bunyi dengkuran seperti selalu, tiada bunyi nafas seperti selalu. Diri ini sebenarnya masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Ianya terlalu mengejut. Hati ini masih berkata, tak, kejap lagi abah bangun, abah tidur je ni.  Hati juga berkata, terimalah hakikat, abah dah takde, sudah sampai masanya abah pergi tinggalkan kita semua. Masanya dah tiba.

Tangan mencapai senaskhah Yasin...

Bismilahirahmanirrahim... Yaasiiiin, walqur'aanil hakiiim....

...dan sepanjang membaca surah yaasiin itulah , kenangan bersama abah kembali berputar-putar di layar minda, semakin ke penghujung surah yaasin, semakin kabur membaca ayat-ayat suci itu, mata sudah berkaca-kaca..


           Bagi saya abah seorang yang pelik. Abah sangat garang dan tegas. Terlalu sukar untuk mengerti kelakuan abah. Abah selalu marah-marah walaupun atas sebab yang terlalu kecil. Abah selalu marah kalau kami membazir makanan. Abah selalu marah sebab kami tak potong sayur betul-betul. Abah selalu marah kalau tengok TV lama-lama ataupun kami bising kat rumah.  Dan itu membuatkan kami sukar untuk mendekati abah. Dan kesannya sehinggalah kami besar. Tapi abah selalu bertanyakan perihal kami. Abah selalu tanya adik ada duit ke tak, abah tak bagi kami ambil tiket bas petang-petang sebab nanti sampai Kl dah malam.  Abah selalu terlebih punctual nak ambil kami balik dari sekolah ataupun dari stesen bas. Abah selalu pastikan peti ais kat rumah ada ayam dan ikan. Abah selalu bangun malam sebab nak jaga rumah lepas trauma  dimasuki pencuri pada tahun 1999 yang lalu. Abah juga yang selalu masak air, dan pastikan bekalan air masak cukup kat rumah.









Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact