Sunday, 30 December 2012

Saat Dahi Mencecah Tanah

Di saat dahi mencecah tanah,
rasa hina merajai diri
tidak ada bezanya
aku dan tanah
kita serupa
tapi,
mengapa seringkali diri ini alpa?

Di saat dahi mencecah tanah,
tanpa apa-apa alas sekalipun
rasa itu datang
yang diri ini rupanya hamba
hamba kepada Yang Maha Satu
tapi,
mengapa diri ini seringkali alpa?

Di saat dahi mencecah tanah,
mutiara-mutiara itu,
jatuh satu per satu
moga membawa bersama dosa-dosa yang lalu

Menyedari hakikat diri
yang nanti akan jua kembali
pada tanah yang di pijak ini
dan jua pada
Yang Empunya Diri





#sungguh ingin merasai lagi, nikmatnya solat tika sujud, dahi mencecah tanah#

Sunday, 2 December 2012

Jantung itu.

Dup dap dup dap dup dap..
eh salah, lup dup, lup dup  lup dap..

Kita  jarang perasan jantung ini tidak pernah berhenti berdegup. Amat setia kepada tuannya, berbakti tanpa pernah berehat untuk memastikan tuannya terus bernyawa.
tapi...
pernahkah kita menyangka bahawa jantung ini sebenarnya taat kepada Penciptanya, hinggakan tidak pernah terputus tasbih yang di ucap olehnya dalam bahasanya sendiri. Terus bertasbih sampailah masanya nanti untuk menamatkan perkhidmatannya terhadap si tuan.

Apa tajuk entry ni sebenarnya?

Disebabkan memory ini memerlukan masa untuk menyusun segala maklumat-maklumat phlebotomy, maka ia di beri cuti rehat untuk menyelesaikan segala kekusutan mereka. Eh, faham ke? Blog ini pun sudah semakin berhabuk, maka dengan mengisi masa cuti rehat ini, mungkin boleh berkongsi sedikit cerita, meluah segala perasaan tensi yang berbakul-bakul,  marah, errr, mungkin. Huhu


Cuba dalam senyap-senyap, tak kisah bila-bila, lepas solat ke, tengah tunggu orang ke, tyme bosan-bosan ke, tengah stress belajar ke...errr..cuba letak tapak tangan anda tu ke dada..rasakan degup demi degup jantung berdegup..eh. Kalau nak power lagi, ce pinjam stetoskop bagi sesiapa yang roomate dia ade student nursing. Heeee. Dengar, dan hayati. Jantung yang sekecil tapak tangan itu lebih mematuhi Tuhannya berbanding dengan diri kita yang kadang-kadang tak perasan pun jantung kita sedang berdegup. And yang lebih dasyat lagi kadang-kadang kita kita tak perasan dalam badan kita ini ada jantung. :O

And then , cuba lafazkan istighfar. Astaghfirullahalazim. Banyak-banyak kali, sampai hati rasa tenang. Tak caye?.. buatla, practice. Kalau anda buat sampai berjaya menitis air mata keinsafan, tahniah! anda memang owesome. :)  Anda berjaya menenangkan hati anda. 

Ini juga antara salah satu cara taqarrub dan mengingati Allah. Kenapa taqarrub and  mengingati Allah ni penting ea?...  

Macam mana kita na expect Allah akan tolong kita dalam masa susah kita, jika  kita sendiri lupakan Dia dalam masa senang kita?

Faham-faham sendiri lah ye.

Senyum.



*Fuhh. stresss gila belajar.



Sunday, 14 October 2012

Issues!

Lama menyepi kan? Maaf sangat-sangat disebabkan kekangan masa, kebizian yang melanda dan kecelaruan emosi yang entah mengapa. Ini pun nak cepat ni, banyak lagi subjek yang nak kene cover oiii..So many things happened recently. Sedih, marah , happy, geram, semua ada. Mix feeling. Saya tak nak lah cerita semua, cuma saya mahu share beberapa benda yang saya rasa bermanfaat mungkin.

7 oct 2012
Satu peluang yang jarang sekali saya jumpa, tetapi Alhamdulillah berpeluang bertemu dengan The Best World Orator of Islam, Dr. Zakir Naik di PWTC. Can you imagine that?..oh! Awesome!, masih terkenang sampai sekarang, bagaimana sesaknya umat manusia ketika itu, masing-masing berebut  untuk mendapatkan tempat di hadapan dewan. Islamic Views on Jihad and Terrorism. Walaupun tak sempat menghabiskan majlis ilmu itu, tetapi kenangan ini sukar untuk dilupakan. Walaupun kami berbeza bangsa, kaum dan bahasa, tetapi Islam telah mengikat hati-hati kami. Kami bersaudara atas akidah yang satu. That is Islam. Proud to be Muslim! Alhamdulillah.

Majlis ilmu itu memewahkan jiwa.
~AnaMiera~

12 oct 2012
Animal Model. Satu discussion (mungkin juga boleh dikatakan perdebatan) mengenai Ethical Issue on Animal Model telah dijalankan. . Hangat terasa sampai ke lubuk jiwa. Seriously, sebab sedikit menyentuh isu ketuhanan di situ. Hanya mampu mendengar dan menganalisa sendiri pendapat dari rakan-rakan sekelas. Nak berdebat guna ayat Al-Qur'an kang nanti tak pasal pasal masuk klinik kene baling dengan kerusi lab.But, as Aiman Azlan said " Muslims, Be Cool!" ahhahaha.. 

Pernah terbaca satu artikel yang berkaitan dengan isu ini. Bunyinya lebih kurang begini, semua makhluk dan benda di muka bumi ini diciptakan untuk manusia gunakan. Manusia adalah khalifah di muka bumi ini, manusia yang mentadbir muka bumi ini. Cuma , bagaimana caranya, itu terpulang kepada manusia itu sendiri. Berbalik kepada isu animal model tadi, kita dibolehkan "menggunakan" mereka (haiwan-haiwan comel itu) dalam research or experiment, tetapi Islam menyuruh kita untuk berlaku ehsan terhadap haiwan. Mereka juga makhluk, ada perasaan dan emosi.Plus, semua haiwan akan masuk ke syurga, bukan seperti manusia dan jin. perlu di hisab dahulu untuk menentukan dimana tempat mereka. 

Agak seronok mendengar mereka berdebat, boleh tahu dari sisi pandangan non-muslim dan muslim. Inilah yang terjadi bila, agama dipisahkan dengan ilmu. 

Rasanya sampai sini sahaja dulu. Insya Allah, ada ruang dan idea akan dicurahkan apa yang ada di minda. Lecture note Phlebotomy sedang menunggu!.. See ya, May Peace be upon You..:)

Sunday, 23 September 2012

Muslim yang bagaimanakah aku ini?

Duhai hati,
jangan jauhi Allah,
ke mana pun kau lari,
Allah ekori serapat-rapatnya,

Duhai hati,
jangan sisihkan Allah,
ke mana pun kau sembunyi, Allah ada sedekat-dekatnya,

Memang benar,
Iman turun naik
Jangan biar jatuh merudum,
tika jatuh dan tersungkur,
bangkit semula,
kita manusia biasa,
selagi ada nafas,
kita jadi mukmin berusaha,
sekalipun puncak iman belum kita miliki,

Usah bimbang,
Allah melihat usaha kita,
usaha kita adalah ibadah,
lebih baik daripada insan yang berputus asa,
atau tiada langsung cita-cita untuk memajukannya.
maka,
bagaimanakah kita?



Sedang enak bersantai-santai di atas tilam, sambil memandang lampu kalimantang, fikiran terbang melayang. 
Jauh, terlalu jauh. Merentasi alam entah berapa dimensi. Dan timbullah persoalan demi persoalan menjengah ke dalam kotak fikiran.

Bagaimanakah keadaanku di hari pembalasan nanti? 

Adakah masih bersantai-santai seperti ini?

Andai tika ini hari pengakhiran dunia, di mana aku?

Adakah bersama para penghuni syurga,

 sambil bersantai di mahligai-mahligai cinta,

juga istana-istana cantik tak terjangkau oleh akal manusia?

atau  bersama penghuni neraka,

 merasai azab siksanya,

dikelilingi api yang panasnya 70 kali ganda,

dibakar beratus-ratus tahun,

merasai kesakitan yang juga tak terjangkau dek akal manusia?

Sanggupkah aku?

Cukup! Cukup!
Sungguh aku tidak mampu memikirkannya.
Pedih. Sakit. Takut. Diri cuba menghilangkan persoalan-persoalan demikian, tetapi, makin di cuba, persoalan lain pula yang mendatang. Mungkin ini peringatan dari Tuhan. Agar diri tidak terbuai dengan pesona dunia, terlalu banyak gelak tawa, dan juga terlalu banyak gurau senda. (T_T) Sungguh diri merasa begitu berdosa.

Masih banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai. Tanggungjawab sebagai/ terhadap

anak
kakak
classmate
roomate
jawatan-jawatan 
sahabat
orang sekeliling
hamba
isteri

Sungguh tidak terpikul dengan dua bahu. Apa yang mahu di jawab dihadapan Tuhan nanti? Sedangkan diri sendiri  belum terbimbing.

Muslim yang bagaimanakah aku ini?



Kadang-kadang aku lemas dengan dunia. Hingga aku terlalu letih dengan urusan dunia. Dan tika itulah, diri  sujud dihadapanNya, merintih dan mengadu segala kesusahan dan kesulitan agar diri diberi kekuatan. Namun, tiba-tiba rasa diri terlalu hipokrasi, melupakanNya di saat senang, dan hanya pergi padaNya di saat susah. Aku malu!

Muslim yang bagaimanakah aku ini?

"Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa"

Saidina Umar pula pernah berkata,

"Jika semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut aku adalah orang itu"

dan aku takut Aku adalah orang itu...



Muslim yang bagaimanakah Aku ini?





Friday, 7 September 2012

Never Forget to Say Lailahaillallah







"Hidup ini tumpang menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan petani, ada ikan yang dicari nelayan, ada ayam yang dipelihara penternak. Betapa banyaknya pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi untuk kita. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah S.W.T..... maka siapakah kita untuk menderhaka serta menolak agama Allah?


(Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)







Live strong regardless the fears and risks, and move on. Grow up and live our lives to the fullest ! If you dare to lose, then you have chances to win. Life is like playing chess. You got choices, to move on or it’s checkmate !







A wise man learns from his mistakes whilst a man who learns from others’ mistakes is wiser. You choose.






Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.






Footnote : Semua Inspector Saahab punye..^^

Just Want to Say


I

Just want to say

WeLCoMe BaCk to UnI

with 
new cloth
new roommate
new book
new lecturer
new junior
new smile
new hope
new spirit
new goal
and
new SuCCess
hope this sem will be better than the previous.
:)
InsyaAllah... 


Breath new air, exploring new field

Fighting!!!..
:D





Wednesday, 5 September 2012

Kisah Dari Tongkat


A009

                          Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?



Tika bayi lelaki diarah dibunuh , dia terselamat.
Tika orang lain menyembah Firaun, dia masih meneguhkan kalimah "La ilaha illallah"
Lautan pernah dibelah.
Tongkat pernah menjadi ular.

Sungai Nil 


Nabi Musa a.s dari kaum Yahudi. Pernah mengembara dan apabila sampai di Madyan, dia berhenti dan menetap di situ. Di situlah dia berdialog dengan Yang Maha Agung.

A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"


A018
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".



Sekadar tongkat biasa. Ya, tongkat biasa. Tiada yang istimewa.

A019
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"


A020
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.


A021
Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.


 Pada zaman Nabi Musa , manusia zaman itu sedang  teruja , dan gemar mempraktiskan sihir. Di mana-mana, ada sahaja roadshow sihir, antaranya tali boleh menjadi ular.

Namun , tika saatnya Allah memerintahkan supaya Nabi Musa berdakwah kepada Firaun. Dia pergi ke Mesir.

A024
"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".


Hatinya bergetar, lidahnya kelu. Telah ditakdirkan Allah, Nabi Musa tidak pandai berpidato seperti nabi-nabi yang lain. Bayangkan untuk berdiri dihadapan pemerintah, menyampaikan kalimah "La ilaha illallah" di hadapan Firaun Remsis II yang mengaku dirinya Tuhan, seakan-akan Nabi Musa tidak mampu. Dirinya terlalu kerdil. 

Nabi Musa tidak pandai berdebat, tidak pandai bersyarah, tidak pandai berucap di khalayak ramai. Dia berserah diri hanya kepada Allah.. dia membaca...

A025
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;


A026
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;


A027
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,


A028
perkataanku;"Supaya mereka faham 


Selesai sahaja Nabi Musa menyampaikan dakwahnya...

A056
Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.


Bahkan, dengan bongkaknya, Firaun berkata...

A057
Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?


Segala ucapan Nabi Musa dianggap sihir. Firaun berkata lagi...

A058
"Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".


A059
Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".


A060
Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.


Tiba hari pertandingan...



A065
Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?"

A066
Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.

Melihat tali-tali itu bergerak seperti ular, Nabi Musa menjadi risau, dia tidak pernah belajar sihir, tidak pernah mengamalkan sihir.

A067
Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.

Lalu, Allah datangkan ilham kepada nabi Musa..

A068
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.


 Dan, Nabi Musa teringat ketika dia berdialog dengan Allah di Madyan dahulu, tongkatnya pernah menjadi ular. Dengan keyakinan yang sangat tinggi terhadap Allah Taala..


A070
(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".


Ahli-ahli sihir yang sangat arif dengan permainan sihir, mengetahui bahawa Musa tidak melakukan sihir. Dan mereka sedar bahawa ada kuasa yang lebih agung dari kuasa sihir telah menjadikan tongkat Nabi Musa berubah menjadi ular yang sangat besar. Lalu, mereka beriman kepada Allah.

Firaun, sangat marah. 

A071
Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal".


 Dia menyiksa dan membunuh ahli-ahli sihir tersebut.Tetapi, keimanan yang terpasak di dalam hati ahli-ahli sihir itu, langsung tidak menggetarkan hati-hati mereka. 

A072
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

 
Cuci-cuci mata..:)



Ibrah dari sirah:

1. Hendak sebarkan Islam, tidak semestinya perlu pandai berdebat, atau perlu pandai bersyarah. Nabi Musa       pernah termakan bara api, menjadikan dia tidak pandai berpidato, tetapi Allah kurniakan dia dengan 9 mukjizat. Dengan mukjizat itu, dia mampu berdakwah.

2. Zaman Nabi Musa, tidak ada teknologi. Walaupun nabi Musa hanya ada tongkat, tetapi dia banyak berdakwah. Kita, hidup dikelilingi teknologi, tapi, tak sumbangkan untuk Islam.

3. Sihir. Perkara yang sangat terkeji, bahkan Rasulullah pernah merasai sakitnya di sihir, sehingga diajarkan oleh Jibril akan Surah An-naas, Al-falaq dan Al-ikhlas. Bahkan Allah juga tidak mengampuni dosa-dosa orang yang melakukan sihir. Ada diceritakan dalam sebuah hadis, Barangsiapa yang mengambil tali, menyimpulkannya, dibaca dengan mantera tertentu dan ditiup, itu sudah dikira seseorang itu melakukan sihir.

4. Ada di kalangan masyarakat kita yang percaya bahawa kayu kokka boleh menyembuhkan penyakit, atau menghalau sesuatu kerana tongkat Nabi Musa dari jenis kayu kokka. Ini fahaman yang salah, bahkan boleh sampai jatuh syirik jika mempercayainya . Bukan kayu kokka yang ada kuasa. Tongkat Nabi Musa  adalah hanya tongkat biasa, yang menjadikan ia luar biasa ialah Allah.

Dan satu kisah lagi, ketika Rasulullah  (dalam peristiwa Isra' dan mikraj) sampai ke langit ke enam, baginda berjumpa dengan seorang lelaki yang bertubuh besar, rambutnya agak panjang, janggutnya panjang sampai ke dada dan di tangannya ada tongkat. Tahulah baginda bahawa dia itu ialah Nabi Musa.


Kisah Musa, penuh dengan ibrah. Ini baru satu kisah, belum lagi kisah-kisah yang lain. Realiti masyarakat sekarang kurang didedahkan dengan sirah sebegini. Mungkin kisah-kisah anbiya ini hanya kisah dongeng bagi mereka. Mungkin juga dah jadi hidden story. Tapi, kisah ini benar-benar berlaku suatu zaman dahulu, ketika kita masih belum lahir. 




Piramid.

Mumia Firaun.

Tinggalan yang masih kekal, untuk di hayati kisah di sebaliknya, untuk dijadikan pengajaran bagi umat-umat selepasnya. Bukan hanya untuk di wartakan di dalam World Book of Record, (eh, ade ke?), bukan juga hanya sekadar tempat sesi berfotografi.

Kan best kalau subjek sejarah kat sekolah-sekolah dimasukkan dengan sirah-sirah anbiya seperti ini. Mungkin, ideologi "SEJARAH ITU BORING" sudah tidak kedengaran lagi. ^^








Footnote:  Sumber dari Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Khas Raya. Entry agak serius..^^






Thursday, 30 August 2012

WALAUPUN ANDA REDAH LAUTAN API

Anda bosan?

Tak tahu nak buat apa?

Atau mungkin anda penat, frust, fed up dengan rutin seharian?

Blink. blink. blink.

Jom kita nyanyi dengan  kuat dan penuh semangat!..Eheh.

Threeeee...four!

Iman adalah mutiara
di dalam hati manusia
yang meyakini Allah
Yang Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
merasa diri hamba padaNya
tanpamu iman bagaimanalah
menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
dari seorang ayah yang bertaqwa
ia tak dapat dijual beli
ia tiada ditepian pantai

Walau apapun caranya jua
engkau mendaki gunung yang tinggi
engkau merentas lautan api
namun tak dapat jua dimiliki
jika tidak kembali pada Allah.


Whoaaaaaa..sedaplah suara awak! Pandai awak nyanyi. XD

 The most melodious voice is the voice that comes out from your truly heart. 
::@Shaylasays::

 Kalau awak nyanyi tanpa hayati lirik lagu ni, maksudnya suara awak belum cukup sedap lagitu. :D

IMAN. satu perkara yang sangat berharga bagi seorang muslim. Adanya iman, manusia dapat rasa adanya Tuhan, adanya Nabi, adanya kehidupan selepas mati. Tanpa iman, mungkin sekarang kita sedang meneguk arak, berpoya-poya, dan mungkin juga menjadi gelandangan. Nauzubillah!  Hanya dengan Islam kita jadi mulia.

Kita merupakan kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.
Barangsiapa yang mencari kemuliaan,
 selain dari  apa yang Allah muliakan kepada kita (Islam),
nescaya dia akan mendapat kehinaan dari Allah .
::Saidina Umar al-Khattab::

IMAN. Bukannya kita boleh dapat dari ayah, dari emak yang bertaqwa, tetapi, diri sendiri. Seperti kisah Nabi Nuh, walaupun Nabi Nuh berdakwah beratus-ratus tahun, anak dan isterinya masih tidak mahu menyahut seruan Nuh alaihissalam.. 

IMAN. Percaya didalam hati, mengaku dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan. Adanya iman, adanya connection dengan Al-Khaliq. :)



Blue flame, a complete combustion




Footnote: satu perkara yang saya suka dengan Raihan ialah ia menggunakan bahasa yang mudah difahami,         dan kebanyakan lagunya mengenai perkara basic yang perlu ada bagi setiap individu muslim.^^




Tuesday, 28 August 2012

Dah Banyak Kali Saya Cakap

Ada beza antara kaca dan permata. Cewahh, tetibe je. Ye, betul! dua-duanya nampak serupa, tapi kalau kita perhati dan teliti dengan bantuan lens ataupun mikroskop 40x magnifier, 100x, kalau tak nampak jugak, mintak sikit minyak masak mak awak kat dapur tu, letak sikit kat slide awak tu..Eheh, pasti kita nampak ada perbezaannya. Yang permata, nampak berkilau-kilau tapi yang kaca , ianya pudar, kosong.

Tapiiiii, ini bukan hikayat kaca mahupun permata. Jauh sekali mengenai lens ataupun mikroskop. Cumanya, acapkali makhluk yang bergelar manusia suka menghakimi manusia yang lain. 

Situasi semasa solat jemaah.

A:  awak sekolah agama ea dulu?

B: a'ah

A: awakla jadi imam.

B: huh?

Kenapa selalu sahaja budak yang memegang title "sekolah agama" di anggap lebih  alim berbanding dengan yang tidak sekolah agama? Padahal sama je , sama-sama belajar fardhu ain.  Cuma, ada la kelebihan sedikit pada budak "sekolah agama" sebab diorang ambil Sijil Menengah Agama (SMA). Mereka kene hafal hadith-hadith, surah-surah lazim, kaji tentang fikh, tafsir dan bahasa arab. Tapi, itupun dah tak melekat di kepala lepas habis sahaja exam. Samalah saya ni...*garu kepala.



Awak nak tahu tak, bukan semua budak "sekolah agama" itu baik atau lebih alim dan bukan semua budak yang tak "sekolah agama" itu kurang baik mahupun tidak alim. Saya pernah jumpa budak "sekolah agama " yang cakap main lepas je, in harsh word, mulut laser, sampai kita tak sanggup na dengar. Dan saya juga pernah jumpa budak "bukan sekolah agama" yang ada fikrah Islamiyah. Dari segi fizikalnya, tidak langsung nampak macam budak "sekolah agama", tetapi dari segi cara hidupnya, ada Ad-diin (bukan addin Hlovate tu), ada cara hidup Islam.

Ada beza antara kaca dan permata.
(eh, tak habis-habis lagi ngn kaca permata dia ni..=_=")

 Dalam banyak-banyak pelajar di sekolah agama mungkin lebih banyak kaca dari permata. Dan dalam banyak-banyak pelajar di sekolah bukan agama, mungkin lebih banyak permata dari kaca.

Got it?.Bahasa Melayu dah saya tulis ni....masih tak?



Dan permata yang saya cakap awal-awal tadi ialah makhluk yang bergelar manusia yang amalkan cara hidup Islam. Dan kaca itu adalah, yang belajar agama tapi tak faham apa agama itu sendiri.


Again, Got it? ..Tak?

Sah awak memang lembab!..errr..maaf, maaf.

"Islam itu bukan sejauh mana kita mempelajarinya, tetapi sejauh mana kita memahaminya"



Ramai kawan-kawan saya yang dulunya degil  nakal, dah jadi baik sekarang. Dan ramai juga kawan yang saya rapat tyme sekolah dulu, saya tak kenal dah sekarang disebabkan penukaran "identiti" dirinya. Manusia boleh berubah. Sama ada ke arah kebaikan mahupun kejahatan.

Kita pun belum tentu jadi manusia yang baik sampai mati kan?

Some of my favourite dua's:

-"Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala dinik

O turner of hearts, make my heart firm upon your religion

- Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala al-haqq

O turner of hearts, make my heart firm upon the truth

-Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi 'ala ta'atik

O turner of hearts, keep my heart in a state of obedience to you

-Ya muqallib al-qulub wal-absar,thabbit qalbi 'ala dinik wa 'ala ta'atik

O Allah, O controller of hearts and eyes,let my heart hold fast onto your religion and obedience to you.



Wahhh, anda jadi manusia HEBAKK la pas ni, hebaak, hebaak. Tahniah, tahniah!



DAH HABES..^_^ ..tepuk tangan.








Footnote: payah betul na abihkan entry ni.