Skip to main content

Kisah Dari Tongkat


A009

                          Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?



Tika bayi lelaki diarah dibunuh , dia terselamat.
Tika orang lain menyembah Firaun, dia masih meneguhkan kalimah "La ilaha illallah"
Lautan pernah dibelah.
Tongkat pernah menjadi ular.

Sungai Nil 


Nabi Musa a.s dari kaum Yahudi. Pernah mengembara dan apabila sampai di Madyan, dia berhenti dan menetap di situ. Di situlah dia berdialog dengan Yang Maha Agung.

A017
"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"


A018
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".



Sekadar tongkat biasa. Ya, tongkat biasa. Tiada yang istimewa.

A019
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"


A020
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.


A021
Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.


 Pada zaman Nabi Musa , manusia zaman itu sedang  teruja , dan gemar mempraktiskan sihir. Di mana-mana, ada sahaja roadshow sihir, antaranya tali boleh menjadi ular.

Namun , tika saatnya Allah memerintahkan supaya Nabi Musa berdakwah kepada Firaun. Dia pergi ke Mesir.

A024
"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".


Hatinya bergetar, lidahnya kelu. Telah ditakdirkan Allah, Nabi Musa tidak pandai berpidato seperti nabi-nabi yang lain. Bayangkan untuk berdiri dihadapan pemerintah, menyampaikan kalimah "La ilaha illallah" di hadapan Firaun Remsis II yang mengaku dirinya Tuhan, seakan-akan Nabi Musa tidak mampu. Dirinya terlalu kerdil. 

Nabi Musa tidak pandai berdebat, tidak pandai bersyarah, tidak pandai berucap di khalayak ramai. Dia berserah diri hanya kepada Allah.. dia membaca...

A025
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;


A026
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;


A027
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,


A028
perkataanku;"Supaya mereka faham 


Selesai sahaja Nabi Musa menyampaikan dakwahnya...

A056
Dan demi sesungguhnya! Kami telah tunjukkan kepada Firaun segala tanda-tanda yang membukti kekuasaan Kami; dalam pada itu ia mendustakannya dan enggan beriman.


Bahkan, dengan bongkaknya, Firaun berkata...

A057
Firaun berkata: "Patutkah engkau datang kepada kami untuk mengeluarkan kami dari negeri kami dengan sihirmu, hai Musa?


Segala ucapan Nabi Musa dianggap sihir. Firaun berkata lagi...

A058
"Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak".


A059
Nabi Musa menjawab: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha".


A060
Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Ia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian ia datang ke tempat perlawanan.


Tiba hari pertandingan...



A065
Mereka berkata: "Wahai Musa! Engkaukah yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah yang mula-mula mencampak?"

A066
Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.

Melihat tali-tali itu bergerak seperti ular, Nabi Musa menjadi risau, dia tidak pernah belajar sihir, tidak pernah mengamalkan sihir.

A067
Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.

Lalu, Allah datangkan ilham kepada nabi Musa..

A068
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.


 Dan, Nabi Musa teringat ketika dia berdialog dengan Allah di Madyan dahulu, tongkatnya pernah menjadi ular. Dengan keyakinan yang sangat tinggi terhadap Allah Taala..


A070
(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".


Ahli-ahli sihir yang sangat arif dengan permainan sihir, mengetahui bahawa Musa tidak melakukan sihir. Dan mereka sedar bahawa ada kuasa yang lebih agung dari kuasa sihir telah menjadikan tongkat Nabi Musa berubah menjadi ular yang sangat besar. Lalu, mereka beriman kepada Allah.

Firaun, sangat marah. 

A071
Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal".


 Dia menyiksa dan membunuh ahli-ahli sihir tersebut.Tetapi, keimanan yang terpasak di dalam hati ahli-ahli sihir itu, langsung tidak menggetarkan hati-hati mereka. 

A072
Mereka menjawab: "Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.

 
Cuci-cuci mata..:)



Ibrah dari sirah:

1. Hendak sebarkan Islam, tidak semestinya perlu pandai berdebat, atau perlu pandai bersyarah. Nabi Musa       pernah termakan bara api, menjadikan dia tidak pandai berpidato, tetapi Allah kurniakan dia dengan 9 mukjizat. Dengan mukjizat itu, dia mampu berdakwah.

2. Zaman Nabi Musa, tidak ada teknologi. Walaupun nabi Musa hanya ada tongkat, tetapi dia banyak berdakwah. Kita, hidup dikelilingi teknologi, tapi, tak sumbangkan untuk Islam.

3. Sihir. Perkara yang sangat terkeji, bahkan Rasulullah pernah merasai sakitnya di sihir, sehingga diajarkan oleh Jibril akan Surah An-naas, Al-falaq dan Al-ikhlas. Bahkan Allah juga tidak mengampuni dosa-dosa orang yang melakukan sihir. Ada diceritakan dalam sebuah hadis, Barangsiapa yang mengambil tali, menyimpulkannya, dibaca dengan mantera tertentu dan ditiup, itu sudah dikira seseorang itu melakukan sihir.

4. Ada di kalangan masyarakat kita yang percaya bahawa kayu kokka boleh menyembuhkan penyakit, atau menghalau sesuatu kerana tongkat Nabi Musa dari jenis kayu kokka. Ini fahaman yang salah, bahkan boleh sampai jatuh syirik jika mempercayainya . Bukan kayu kokka yang ada kuasa. Tongkat Nabi Musa  adalah hanya tongkat biasa, yang menjadikan ia luar biasa ialah Allah.

Dan satu kisah lagi, ketika Rasulullah  (dalam peristiwa Isra' dan mikraj) sampai ke langit ke enam, baginda berjumpa dengan seorang lelaki yang bertubuh besar, rambutnya agak panjang, janggutnya panjang sampai ke dada dan di tangannya ada tongkat. Tahulah baginda bahawa dia itu ialah Nabi Musa.


Kisah Musa, penuh dengan ibrah. Ini baru satu kisah, belum lagi kisah-kisah yang lain. Realiti masyarakat sekarang kurang didedahkan dengan sirah sebegini. Mungkin kisah-kisah anbiya ini hanya kisah dongeng bagi mereka. Mungkin juga dah jadi hidden story. Tapi, kisah ini benar-benar berlaku suatu zaman dahulu, ketika kita masih belum lahir. 




Piramid.

Mumia Firaun.

Tinggalan yang masih kekal, untuk di hayati kisah di sebaliknya, untuk dijadikan pengajaran bagi umat-umat selepasnya. Bukan hanya untuk di wartakan di dalam World Book of Record, (eh, ade ke?), bukan juga hanya sekadar tempat sesi berfotografi.

Kan best kalau subjek sejarah kat sekolah-sekolah dimasukkan dengan sirah-sirah anbiya seperti ini. Mungkin, ideologi "SEJARAH ITU BORING" sudah tidak kedengaran lagi. ^^








Footnote:  Sumber dari Halaqah Sentuhan Qalbu Edisi Khas Raya. Entry agak serius..^^






Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact