Skip to main content

Apa? Sudah 2021?

 Assalamualaikum warahmatullah..😀


Alhamdulillah, hari ni kan tiba-tiba tergerak hati nak buka balik blog ni. Saya baca kembali post saya yang lama-lama, Ya Allah , nak tergelak ada, nak menangis ada, sebab yelah kan blog ni ditulis seiring dengan perkembangan minda dan pengalaman hidup. Saya banyak kongsi kisah hidup saya kat sini, tapi tidak semua lah. Alhamdulillah, saya tak menyesal menulis blog ni. Ia  membuatkan saya "reflect" semula kehidupan saya, boleh ingat semula kisah pahit manis hidup. Dan sekarang sudah tahun 2021 ye. Dua tahun dah tak update blog ni. Nak tahu tak, sekarang saya..


1. Dah kahwin! 31/8/2019

I am a married woman to Mohd Hafizi bin Suhaimi. Alhamdulillah! 


Bagaimana kisah jumpa jodoh ni, nanti2 lah cerita ye, kalau ada kelapangan masa dan ada mood.


2. Dah ada anak! Yes.. Direzekikan yang tak disangka,! anak  sulung perempuan pada 13/3/2020.


Saya ni takut betul nak beranak. Sebelum ni bila dengar cerita orang nak beranak, sanggup tutup telinga taknak dengar sebab ngeri dan sakit, macam boleh rasa sakit tu. Tapi sekarang dah ada anak dah..hihi.. Dah ada experience beranak. Macam mana journey mengandung dan melahirkan Nur Amanda Husna nanti lah saya cerita. OMG banyaknya nak kena update dan ceritakan kat sini. haha! 

Salah satu sebab saya suka share kat sini sebab nanti harap2 bila dah tua, baca balik blog yang saya tulis masa muda ni dapat ingat balik kenangan2 tu. Seperti surat yang ditulis untuk diri sendiri in future. 

Disebabkan sekarang, dengan perkembangan media sosial, wujudnya twitter, instagram, facebook dan tiktok!, juga kekangan masa dengan komitmen harian, agak susah untuk update di blog ni. Tetapi , mengupdate di blog agak memuaskan hati dan jiwa saya disebabkan saya boleh meluahkan segala apa yang saya mahu, tidak seperti di IG dan twitter yang mempunyai limitasi perkataan. Tidak puas menulis di twitter dan IG. Hanya yang penting2 sahaja, atau keyword sahaja boleh diluah. Selebihnya bagai di simpan. Haha! 



3. Pandemik Covid!

Dah hampir 2 tahun PKP (perintah kawalan pergerakan) dijalankan. Maksudnya dah 2 tahun weyyy tak berjalan-jalan sejak PKP dilaksanakan pada 18/3/2020, dan sekarang dah 31/7/2021. Berjalan pun setakat rentas daerah balik kampung je! Last jalan masa lepas kahwin tu je. Konon honeymoon la kan. Nasib baik sempat honeymoon sebelum covid. Siapalah yang bijak sangat pergi makan sup kelawar dulu tu pastu sekarang satu dunia kena penyakit ni. Hari ni je 17k kes covid dalam sehari. Ya Allah, semoga penyakit ni diangkat dan semoga Malaysia sembuh dari covid. Bercakap mengenai Malaysia, saya cukup sedih dengan keadaan negara kini. Disebabkan pandemik, ramai yang hilang pekerjaan (termasuklah saya!), tidak boleh keluar rumah disebabkan penyakit ni adalah airborne! (bawaan udara) yang sekarang muncul pulak entah mana2 datangnya varian2 baru yang bahaya. Ramai yang mengalami kemurungan, mentah health memang drop. Lagi kesian pada kanak2 yang sepatutnya mereka membesar dengan keriangan bermain bersama rakan2, tetapi kini perlu berkurung dan bermain di dalam rumah sahaja. Satu negara sekarang terpaksa hidup dalam norma baharu. Always pakai mask bila keluar rumah dan tiada lagi pergaulan mesra sosial. Semuanya kena jaga jarak 1 meter. Dengan keadaan politik yang tak menentu sekarang. Ya Tuhan! Sedih sangat dengan Malaysia sekarang. Cuba bayangkan, diarahkan lockdown tapi kilang yang bukan essential banyak je yang buka. Pastu kes covid pun meningkat lah dalam kalangan pekerja kilang pastu bawa ke rumah dan kawasan kejiranan pastu merebak lah penyakit tu dan sekarang dah 17 ribu kes dah. Dengan perlanggaran SOP oleh golongan kayangan dan marhaen. Yang kayangan mengejek marhaen .. Yang rakyat marhaen pun mengejek golongan kayangan. Golongan politician hanya berdiam diri. 

Manalah kes ni nak turun. Makin naik adalah. Sekarang ini, rakyat masing2 hanya menjaga diri masing2. Tidak lagi bergantung sepenuhnya pada kerajaan. Jika sebelum ini apa yang kerajaan buat kita boleh percaya dan ikut. Kini, tidak lagi. Semuanya kerana "ekonomi". Full lockdown tak boleh dilaksanakan disebabkan negara akan rugi berbillion billion sehari.  So, jaga diri sendiri dan keluarga masing2. Sedih sekarang, sampai bayi yang kecil pun menjadi mangsa covid. Anak-anak hilang ibu bapa. Ada yang tengah mengandung, dijangkiti covid. ibu terpaksa dibedah untuk menyelamatkan anak, ibu meninggal. Ibu belum sempat tengok pun anak yaang dikandung. Anak pun belum kenal ibu sendiri, sudah terpisah. Ya Allah, apalah dosa mereka ini. Semoga Syurga buat mereka. Semoga dijauhkan juga penyakit ini dari diri dan keluarga saya.


Akhir kata, semoga kita semua dapat kembali menikmati hidup bersama keluarga dan rakan2 seperti sebelum pandemik berlaku. Dan kalau boleh , ingin sekali saya delete tahun 2020 dan 2021 dari kamus hidup saya. Saya rasa dua tahun ini hanya membazir usia dan masa. Tapi semuanya adalah takdir Tuhan. Saya yakin ada hikmah disebalik semua kejadian pahit berlaku. Qada dan qadar Tuhan wajib percaya, bukan?


Syaidatul

(yang merindukan kampung halaman)

1 ogos 2021

12.33 malam









Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact