Skip to main content

Ketuk-Ketuk Ramadhan

Di suatu pagi yang hening, matahari malu-malu menampakkan wajahnya, sang burung berkicau riang tanda permulaan hari yang baru mula mencari rezeki, kelihatan semut-semut hitam juga mula keluar dari sarang, berbaris bagaikan satu tali yang panjang menuju entah ke mana. Dari jauh, pokok-pokok menghijau seluas mata memandang. Senyum. Tanda syukur, hari ini aku masih bisa menghirup udara yang dikurniakan Tuhan.

Kedengaran bunyi motor dan kereta silih berganti dari jalan raya, ada yang menghantar anak ke sekolah, masing-masing dengan urusan sendiri. Ada yang pergi keluar bekerja mencari rezeki, mungkin juga meneruskan pekerjaan semalam yang masih berbaki. Memang benar, rezeki Tuhan memang luas. Sang pencipta , Ar-Rahman Yang Maha Pemurah melimpahkan rezekinya kepada semua makhluk-Nya, hatta, sekecil-kecil cacing-cacing di tanah hingga sebesar-besar ikan paus di lautan sudah ditentukan rezekinya. Azim. 

Ok, terima kasih kerana membaca intro..^^ 

Masuk point yang sebenarnya, ramadhan dah hampir ke penghujungnya..:( tanda tidak lama lagi kita bakal menyambut hari kemenangan melawan nafsu,dan kejayaan mentarbiah rohani di hari pertama Syawal..=)  Raya tahun ini seakan sedikit bermakna sebab saya menghabiskan masa berpuasa dan beraya di rumah bersama family. Dapatlah sedikit sebanyak membantu mama dan abah walaupun kadang-kadang rasa berat hati...errrr..Ye la, hayat mereka entah berapa lama lagi, jadi manfaatkanlah masa dirumah dengan bermanja-manja dengan mereka sepuas-puasnya..wahaha..

Baru-baru ni, kami (saya n mama) mengisi sedikit masa terluang di siang hari dengan gigih membuat kuih raya. Tak macam tahun lepas, semua kuih beli, tahun ini, ada lah sedikit yang dibuat menggunakan air tangan sendiri. Penat tapi puas. 

Chocolate Moshi-Moshi..^^

Arabic Almond
Rising Sun Tart

Biskut Bijan..*aku da ta tau na bg nama ape..


Master chef punye..^^


Nampak sedap kan?..*angguk kepala. Memang sedap pun. ada lagi sebenarnya, tapi malas na upload. :p Mama kata jangan banyak sangat buat kuih, nanti tak habis, membazir. Dah serik dah jadi kawan si setan durjana. 

Meh la datang rumah raye nanti..^^  Tapi wit raye tak de la..

k2jebai. ^^

Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact