Skip to main content

Contengan Jalanan

Bismillah.

Hadirnya entry kali ini disebabkan keterujaan dan ke'jeles' an melihat salah seorang kawan aku ini mengerjakan umrah.

2005. Tahun bermakna bagi aku dan family. Perginya semasa peperiksaan pertengahan tahun pula tu, daripada 36 orang kawan sekelas, aku dapat nombor 33 tahu?..hahah. Disebabkan beberapa kertas hekzem yang aku tak ambil. Kira okay la tu. Apa yang paling penting, pengalaman berada di dua tanah suci itu selama 15 hari sampai bila-bila akan jadi memori paling indah dengan family. By the way, aku dah pernah pergi obersi dan naik kapal terbang yang maha besar itu tahu?..lulz..

passport koi yang dah tamat tempoh sah lakunye
~up up and away~


Madinah.

Destinasi pertama yang dituju selepas selamat mendarat dengan mabuknya selamatnya di King Aziz International Airport, Jeddah. Dalam eroplen tu, boleh makan sekali dua je, walaupun ditawarkan dengan pelbagai aneka makanan. Disebabkan mabuk yang teramat sangat , menyebabkan hanya mampu tertidur sepanjang berada di atas awan, menggeleng kepala kepada makanan. hewhewhew.

Kami disambut dengan "tourist guide" eh, ini mahu melancong ke mahu beribadah? Seorang indonesiy dari tanah seberang. Dipendekkan cerita, antara moment-moment yang masih ingat hey sekarang dah 2013 tahu, kami banyak menziarah tempat-tempat sejarah zaman dahulu kala. Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Kiswah (tempat membuat kelambu kaabah dan kelambu raudhah) Masjid Nabawi opkos la tiap waktu pergi kan, hotel memang dekat dengan masjid nabawi. Jalan kaki je pon dah sampai. Rugilah kalau masjid nabawi yang jaraknye sekangkang kera itu pon, solat masih nak di bilik, ye dak? Masih ingat lagi halaman masjid nabawi tu, sejuk rasa bila kaki memijak. Dan disini juga, ada moment aku, adik dan seorang wanita Turki. ok, tak nak cerita sebab dah cerita dalam entry sebelum ni.






Dan yang paling penting dapat ziarah, maqam Rasulullah dan para sahabat serta dapat menziarah Raudhah. Masa nak ziarah maqam rasulullah, kami ladies tak boleh sesuka hati masuk kawasan tersebut disebabkan ianya terletak di tempat solat muslimin. Sementara menunggu, kami dibenarkan untuk menunggu di ruang menunggu dan disitu lah ada seorang wanita berjubah hitam dan  berkulit hitam yang memberi tazkirah dalam bahasa arab. (Mengingatkan aku kepada Bilal bin Rabah). Then, kebetulan ada hadith yang dibaca oleh wanita itu yang aku dah belajar. So, aku tahulah dia tengah tazkirah pasal apa kan, walaupun aku tak paham sepenuhnya bahasa arab. 

Bila kami dibenarkan untuk masuk kawasan raudhah dan maqam nabi itu, Ok, part ni memang syahdu giler. Dapat rasa macam Rasulullah berada di depan mata, semuanya hijau suasana kat situ. Raudhah ini antara taman syurga. Di maqam rasulullah ni, sempat jugalah solat sunat, walaupun masa rukuk boleh termasuk kepala ini dalam jubah orang , baca Yaasiin, dan menghayati sirah-sirah Rasulullah. Air mata mengalir perlahan. walau seberapa hebat manapun anda menahan air jernih itu mengalir, tetap akan mengalir jugak. Siyesly.


Kami di Madinah selama lima hari sahaja dan kemudian bertolak ke Mekah. Ingatkan madinah dengan mekah dekat je, rupanya 5-6 jam perjalanan baru sampai. Dalam perjalanan, "tourist guide" tu memimpin bacaan zikir. Aku pulak, bila celik mata ikutla berzikir, then bila mata ni terpejam zikir tu pun entah kemana.

Mekah.

Kami sampai di mekah masa tu dah petang. Lepas check in di Hotel Firdaus, kami bergegas ke Masjidil Haram untuk tunaikan solat asar. Eh, masuk masjid ni tak boleh sesuka hati main masuk je. Aokmer kene ingat pintu nombor berapa yang aok masuk, sebab masjid ni ada beratus pintunya. Hewhewhew. Yang aku ingat pintu yang selalu kami masuk itu, pintu Bab Malik Fahd namanya. Lokasi hotel dengan masjidil haram pun tak jauh, jalan kaki pon tak penat dah boleh sampai. Nak masuk masjid kene spotcheck tahu? camera, phone yang ada camera pon tak boleh bawak masuk masjid.



 Ada satu lagi part syahdu kat sini bila first time aku boleh nampak dengan mata kepala sendiri yang masa tu aku tak rabun lagi yang aku boleh nampak Baitullah depan mata. Kat sini, aku rasa macam masa itu berhenti. Jam yang berdetik itu berhenti walaupun kaki ini pantas berjalan mengikut mama menuju ke saf yang dihadapan. Seriously, aku tak percaya yang aku dah sampai di Mekah, yang aku dah nampak Kaabah itu depan mata, dapat pegang kelambu kaabah itu, yang aku ingat kembali bagaimana sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang bina Kaabah itu tak runtuh sampai sekarang, cuma ada kesan rosak sedikit lepas kejadian banjir masa zaman Rasulullah dulu. Kaabah bangunan paling tertua di dunia, sampai kan antara tanda-tanda kiamat ialah runtuhnya Kabah, bangunan segi empat yang berkelambu hitam itu.

Di sambungkan cerita, lepas sahaja menunaikan solat asar, kami tunaikan umrah, bermula dengan niat masa kat hotel tadi, tawaf yakni mengelilingi kaabah secara anticlockwise sebanyak tujuh kali bermula di penjuru hajarul aswad kalau tak silap. Tyme tawaf tu, diisi dengan zikir-zikir yang dah dihafal sebelum pergi umrah ni, (masa kat sekolah , orang lain sibuk study, aku pulak sibuk menghafal bacaan tawaf , sa'ie, dan lain-lain.). Alhamdulillah. Apa yang menarik perhatian ku pada ketika aku mengelilingi tawaf ialah, rapatnya manusia ketika itu, bercampurnya manusia dari pelbagai ceruk dunia, dari pelbagai bangsa bertawaf di keliling kaabah tersebut. Pelbagai warna kulit ada,yang bagai putih susu, sampailah ke warna hitam pekat melekat itu pun ada. Satu ibrah yang dapat di kutip disini ialah Islam itu Universal. Semua manusia yang berkumpul di sini ada satu ikatan yang sama iaitu ikatan akidah kepada Yang Maha Satu.

Selesai Tawaf, kami bersa'ie. Mulanya dari bukit Safa' dan berakhir di bukit marwa. Berulang alik sebanyak tujuh kali juga. Menghayati kisah Maryam yang berlari-lari mencari air untuk anaknya Ismail dan bertemunya dengan pancuran air zam zam yang tidak pernah berhenti mengalir hinggalah ke hari ini. Selesai saie ini lah kami bertemu dengan seorang pelakon melayu malaysia (lupa namanya apa).

Then, mencukur rambut atau bertahallul, eh untuk ladies tak de la sampai kene cukur kan, cuma gunting tiga helai rambut je dah cukup.

Lepas habis umrah, mama ajak pi pegang hajarul aswad. Kami pun kembali ke kaabah, tapi, perghhhhh, setelah adegan tolak menolak berlaku, dan seakan tulang rusuk ini macam nak patah dihimpit orang, tangan sedikit sahaja lagi mahu memegang, tapi tak mampu juga sebab aku ditolak kebelakang. Nasib baik tak koyak telekung, hampir-hampirlah juga. Mama tak berputus asa, katanya mahu mencuba lagi esok pagi, sebelum subuh. Tapi, aku tak ikut mama tyme tu, mama dengan abah je yang pergi, aku dengan adik sambung tidur kat hotel pe kejadah? Then mama balik ke hotel sebelum azan subuh untuk kejutkan kami, bersiap-siap untuk ke masjidil haram menunaikan solat subuh berjemaah. Heyy, subuh kat sana pukul 4.15 pagi tahu. Tyme tu rasa macam bangun berqiamullail pulak. hewhewhew. 

Lepas subuh, kira-kira pukul enam macam tu, kami pergi bershopping, kat sini (Malaysia) pukul enam satu kedai pon tak bukak lagi. Kat sana (Mekah) pukul enam dah meriah. Obersi la katekan, waktu pon tak sama. Betapa biological clock badan aku ni tak berapa nak betul bila kat sana. Makanya, berkilo-kilo kismis, kurma basah, kurma kering, buah aprikot,dan jubah habis diboikot  diborong.

Di Mekah, sementara mengisi masa dan hari yang masih ada, sempat jugak la buat 3, 4 kali umrah, disamping itu, kami pergi berziarah antaranya, Gua Thur , Mina, Muzdalifah, tempat melontar jamrah dari jamratul  'ula sampailah ke jamratul ukhra. dan juga jabal rahmah. Kat sini lah berpeluang nak naik menunggang unta, bergambar, berkenalan dan berkasih mesra dengan unta-unta di sana. Satu photo berharga 5 Riyal. Tapi, lepas je korang berkasih mesra dengan unta disana, make sure aokmer kene mandi. Baunye, perghhh sampai sekarang aku boleh ingat. I,m talking the truth!


Bersama Unta.
Muka tak berapa nak cerah.


Dan part yang paling sedih antara yang sedih ialah bila nak buat tawaf wida' a.k.a tawaf selamat tinggal. Tyme ni la aokmer nak minta segala hajat-hajat aokmer yang menggunung itu. Antara doa yang aku minta ialah..jeng jeng jeng, opkos la banyak, tapi tak boleh la bagi tahu. Biarlah ianya hanya antara aku dan Dia,  ecewah , spesial gitu dan antara banyak-banyak doa yang aku minta tu, satu antaranya dah tertunai dah pon. :') alhamdulillah wa syukru ilallah. Tyme tawaf terakhir inilah, air mata mengalir selaju-lajunya. Tawaf wida' menandakan diri ini akan pergi meninggalkan tanah suci yang penuh barakah ini. Entah bila bakal menjejak lagi.


Keasyikan beribadah 24 jam, tiap kali waktu solat bersolat jemaah di masjid yang kelebihannya, sesiapa yang menunaikan satu solat di Masjidil haram ataupun masjid Nabawi, pahalanya menyamai 1000 solat di masjid biasa sungguh-sungguh awesome tahu? Tanpa memikirkan urusan dunia, urusan di tanah air. Rasa bebas dari cengkaman dunia yang menipu. Azim!

Kami kembali ke airport, menaiki kapal besi yang bernama Gulfair. Iman yang seakan sudah kental setelah dibaja dengan zikir itu kembali teruji pabila melihat stewardess stewardess, eh kalau pramugara panggil stewardess ke? yang gagah lagi perkasa. Hewhewhew. Makanya, aku sengaja menidurkan diri . kahkahkah..

Dan sekembalinya aku ke tanah air, haruman dua tanah suci itu masih segar sampai sekarang. Laungan azan oleh bilal di masjidil haram yang selalu ditiru oleh si bilal-bilal di Malaysia selalu mengimbau kembali kenangan itu. 

Allahurabbi, sungguh aku rindu!









Footnote :
1  Nak sangat entry panjang-panjangkan, nah ni aku bagi..Lulz..
2. Banyak sangat cadangan nak letakkan tajuk untuk entry ini. Antaranya, contengan jalanan, kembara di bumi Tuhan, Travelog Tarbiah. sume pon boleh la.









Comments

  1. Okayy memang panjang. Terima kasih. Lulz.

    Bestnya da sampai sana!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah, In Sha Allah, ade rezeki nanti pegila ngn husband aok..:p

      Delete

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact