Skip to main content

2 Sebab Kenapa Saya Tak Makan Ikan.


Suasana di rumah makcik.

Mak Cik : Ni mari makan, acik dah masakkan untuk kamu.


Kami bergerak ke dapur, menyahut pelawaan makcik . Pinggan di ambil. Perlahan-lahan duduk bersila. 

Ada telur dadar, ikan kembung, sayur tumis kangkung, sambal belacan dan ikan masin. 

Pehh sedap.. Mata mencari-cari kelibat ayam. Tiada. Hati mula berhusnus dzon. *ohh, makcik ni belom amik ayam kat dapur kot.

Mak cik : Makanla, makan. Amik pinggannye.

 Alaaa, ayam takde ke? pertanyaan itu hanya mampu terluah dalam hati. Tak mahu mengguris perasaan makcik. *kalau di luah kat mulut, mau mak cik aku masak ayam tyme tu jugak untuk aku sorang je..=_='

Mak cik : tambah la lagi nasik tu Adah. Laaa, ikannye tak di ambik.

Me : tak pe la makcik, cukupla ni. 
Mak Cik : makan tak berlauk tu. Tak makan ikan ke?

Me : Senyum.

* * * * *


Haaaku pun tak taulah kenapa aku tak boleh nak makan ikan. Nampak ikan je, selera nak makan tu makin berkurang. Sebabnya...

1. Rasa hanyir.

Tak kisahla ikan ape pon, except ikan bilis ngn ikan masin.aku akan rasa bau hanyir ikan tu. Walaupun tak makan lagi, aku dah dapat rasa bau hanyir  kat tekak aku  walaupun orang lain kate tak hanyir. Pelik tak?. Pelik kan.  Senang kata semua ikan tak sedaplahh..haha..

2. Tulang.

Ni pun antara sebab kenapa aku tak makan ikan. Memang ayam pon ada tulang tapi tulang ayam tu tak banyak macam ikan. Kalau aku makan ikan pun, aku akan picit-picit isi ikan tu, pastu kalau rasa-rasa dah selamat tak de tulang barulah aku makan. Hari tu aku try la makan ikan, cuba-cuba macam orang dah biasa makan ikan. Perghh sekali tulang tu tercucuk kat tekak aku, hilang terus selera nak makan. Taubat-taubat.


Tapi, yang peliknya, aku suka tengok ikan, aku suka tangkap ikan. Tangkap pastu bagi parents aku makan. Hehe. Kadang-kadang rasa rugi jugak bila tengok orang makan ikan meratah ikan macam tu je sampai dua tiga ekor. Takat ni rekod aku paling banyak makan ikan, memang sebelah ikan je aku boleh habiskan. Lebih pada tu, cannot go, cannot go. Huhuhu..


Tapi-tapiii.. tuna aku makan, ikan sardin pon aku makan (tu pun certain2 sardin je), ikan masin aku makan, ikan bilis aku makan, laksa aku makan. Tu maksudnya, aku makan ikan jugak kan.?.. hehe


*Dah lali kene tegur sebab tak makan ikan. Ade ke patut ade sorang hamba Allah tu cakap, nanti mengidap penyakit kwashiorkor macam orang Somalia sebab tak cukup protein. Ade ke patut? Ade ke?.. hahaha










Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact