Skip to main content

Third year yang tak terasa nak third year.

Third year. Tak seindah yang di sangka.

8/9/2013
sayu rasa nak tinggalkan rumah untuk masuk UM balik. sayu sebab nanti mama sorang2 buat homework. sorang2 masak, sorang2 basuh baju, sorang2 tanam bunga, sorang2 pi tangkap ikan. Okay stop. Dah bergenang air mata. Moga Allah kasihi ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku kecil. Aamiin. Pagi tu, mama buat nasi lemak sebelum aku pergi. Nasi lemak tu kiranya breakfast yang berat la bagi family aku sebab biasanya breakfast air milo dengan roti je. hmm! Dan ini juga first tyme aku balik UM tanpa ditemani parents aku. Abang aku yang hantar. Sejak abah sakit bulan 12 sampai bulan 3 tahun lepas, abah tak larat dah na drive jauh2. Sian abah. (T_T). Walaupun aku pergi tinggalkan rumah dengan senyuman, tapi aku rasa fake je semua tu. Serius!.  I love my family. Indeed! Dari hari tu, bermulalah survival hidup aku sensorang kat tengah2 kota KL.

in between.
Dah dua minggu belajar ni, aku rasa third year ni takdelah rilek mana pon seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni. Tapi still kurang pack sikit kut berbanding second year. Belajar dah makin kritis dan kritikal. harapnya orangnya pon tak kritikal la jugak di kemudian hari nanti. Dah nampak sikit ke mana hala tuju biomed ni, dah nampak dah kenapa kene blaja bende2 yang kne banyak menghafal masa 1st dengan 2nd year dulu. Management, Research method, parasite, anat patho, Apps cc, cc and italian. Mula-mula, rasa macam nak amik arab, tapi bila pikir-pikir balik, arab tu dah pernah belajar, so, rasa macam rugi bila amik balik subjek tu. Tapi, serius italian languange best!. Cumanya yang kecewa sebab dulu-dulu dah berangan nak amik subjek elektif luar macam pengajian quran, hadith ke or apa-apa subjek yang boleh mengisi hati yang memang selalu kosong ni. Kecewa, sebab takde subjek tu dalam 200++ choices yang ada kat situ. Makanya, diri ini masih mencari sinar-sinar itu.

15/9/2013
tarikh ni merupakan, hari yang agak menakutkan sebenarnya. sebelum masuk um lagi dah pikir, macam mana na survive masa tarikh ni. sebabnya, tarikh ni, tarikh yang bakal menemukan aku dengan saudara-mara belah abah kandung aku yang dah 21 tahun terpisah sejak abah meninggal. Sebagai satu-satunya waris dari abah aku, perasaan tu agak gementar u know!!.  dah la tak diteman dengan parents aku, sebab as i mentioned earliear , abah dah tak boleh drive jauh2, so, rela dalam terpaksa aku pun menyanggupi hasrat hati parents aku sebab ada amanah yang perlu disampaikan kepada makcik aku nanti. Masa pagi tu, paklong and maklong amik aku kat kolej pukul 10 lebih camtu. Ni dah kali ke-3 aku jumpa diorang. Paklong aku ni wali tau, so, nak taknak kene la cuba-cuba rapat dengan diorang. Aku ni jenis yang tak reti nak rapat dengan orang sebenarnya. Nak adapt dengan orang tu susah. Ambik masa yang lama. sampai kadang-kadang bertahun-tahun. Aku dengan abah aku sekarang pun tak berapa rapat sebenarnya. Tu yang dah 21 tahun hidup dengan dia pon tak boleh nak adapt. Apa lagi orang luar. Serius!. ok sambung citer balik. sampai ja kat rumah kenduri tu, aku terus jumpa makngah eton aku tu. Lepas tu bermulalah sesi mencekik. Masa mencekik tu lah, tetibe sesapa ntah yang mengaku aku ni anak sedara dia, aku ni cucu dia lah. serius tak kenal dan tak tahu. Pak Mamat tu wali kedua aku. XD pastu ada lagi sorang sape ntah nama dia. Then, yang tak disangka, aku jumpa dengan family member rapat aku kat kenduri tu. hehehe. Rasa macam baru jumpa family. Macam hlovate cakap. "Kadang-kadang kita rasa asing dalam keluarga sendiri, tapi rasa sangat selesa dengan family orang lain " haaa, lebih kurang macam tu lah ayat dia. Pastu aku jumpa sorang jiran kampung situ, aku assume dia tu lecturer. Dia sembang dengn paklong aku, sembangnya pasal hamka, kitab fi zilalil qur'an, kitab2 endon, pak matlop, pejuang tulisan jawi, sejarah tanah melayu. Wahhh, rasa teruja. hari tu aku rasa macam jadi pemerhati je, sambil makan ice cream. Perangai tak serupa umur yang dah 21 ni. Haishhh.. 

Pastu tolong-tolongla sikit apa yang patut kat dapur tu. Pastukan, pastu, aku jumpa waklong aku. Oh, lupa nak cerita, aku ada empat orang nenek belah abah kandung aku. Banyak tak?. banyak gila!!! nak mengingat anak2 dia lagi. =_=. haa, sambung cerita,  bila salam je dengan waklong aku tu, peluk-peluk gitu, tetibe dia tak nak lepaskan aku. Bila dah lepas, tengok rupa-rupanya dia nangis. Aku pula rasa bersalah sebab tak rasa ape2 pon. Tak de perasaankah aku ini?. Maybe dia rindu dengan arwah abah aku yang merupakan adik dia. Maybe. Then, aku pi rewang kat situ sampailah pukul 3 pagi. 3 pagi tahu!!, tak pernah aku rewang selama itu. sampai tertido-tido kat ruang tamu. Sakit pinggang punya pasal. Dah lah anak2 makngah eton tu semuanya lelaki. Mana la nak berbual mesranya. Ramai juga yang tanye, aku ni siapa sebenarnya. Rasa macam terpaksa defend diri sensorang tyme tu.  Rasa macam nak balik rumah tyme tu jugak. 

Balik je dari rumah makngah aku tu dah pukul 3.30 pagi. Disebabkan dah jauh malam. Paklong tak hantar aku terus balik um, tapi dia suh tido rumah dia yang rupa-rupanya sekangkang kera je dari UM ni. Kondominium fajaria sebelah wisma R&D  Um tu haa..belakang stesen kerinchi. Dah la, tak bawak baju spare ngan baju tido. Makanya malam tu berbaju ala-ala orang melayu zaman2 dulu, dengan berkain batik nye. Terpaksa tido dengan gaya sopan. kuikuikui. Banyak betul baju baru maklong aku bagi. Terasa dihargai.. Cehh..haha. 

Tamat disini sahajalah kisah kali ni. oh ye, sebenarnya weekend ni dah berhajat nak balik kmpung, tapi mama tak kasi. mama kata nanti balik raya haji je. Sedih (T_T)





Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact