Skip to main content

Bukan Setakat Perihal Hati dan Perasaan


Rasa terpanggil untuk tulis entry berkaitan tajuk ni.

Sekarang dah musim orang kawen. Sepupu ramai dah kawen, sepupu belah mama, dan hari ni sepupu belah abah kawen. Sampai hati tak ajak aku gi kenduri. T_T. Kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan matrik, senior sendiri bahkan coursemate sendiri pon bakal kawen tahun depan. Wahhhh, tahniah, tahniah diucapkan. 


Makanya, hangatlah tajuk ini diperbualkan di dalam kelas, di food junction, bersama jiran bilik sebelah. Lagi-lagi yang dok berjiran satu floor kan. Lagi lah hangat topik tu untuk di kupas-kupas bak memasak pop-corn yang meletup-letup. Sana-sini tajuk kawen, kursus kawen pon semakin berleluasa sekarang ni. Hati memasing berbunga-bunga. Dalam hati ada taman la katakan. Aku tidak menyalahkan soal itu. Bende tu fitrah. Semua orang akan rasa kot. Dia datang sendiri. 

Tapi,


Bagi pandangan aku. Aku ulang sekali lagi " Bagi pandangan aku" ianya salah kalau ia dibincangkan terlalu kerap, sampai menimbulkan pelbagai prasangka yang buruk-buruk. Aku muak kalau dengar topik ni berjam-jam dari pagi sampai petang, dari petang ke malam, kekadang tu sampai tak tidur malam sembang pasal bende ni. Keterlaluan. Memasing nak cari calon sendiri, memasing na cerita ape criteria2 yang di cari. Gossip sana sini. 

Cuba cari tajuk lain, tajuk yang lebih kepada untuk membangunkan nilai diri, meningkatkan tarbiah diri. Aku rasa tu lebih perlu untuk di bincangkan. Jangan terlalu terbuai dengan cinta dunia, dengan cinta angan-angan. Kita muda, ada peranan dan tanggunjawab yang lebih besar daripada soal cinta yang tak berkesudahan tu. 

Aku malu. Malu diri tak solehah mengimpikan si dia yang soleh. Malu diri yang tak seberapa adanya ilmu ni mengimpikan si dia yang serba cukup. Malu dengan diri yang tak seberapa cantik akhlaknya ini mengimpikan si dia yang sempurna akhlaknya. 

"Expect Ali when you are Fatimah"
-Dr Fadila, The Legacy-

so the vice versa is 

"Don't expect Ali when you are not yet Fatimah"

Kalau nak bincang soal kawen secara serius, bagi aku, tak perlu nak gosip2, tak perlu nak berperasangka yang macam-macam. Buang masa!. Baik perbetulkan diri. Cari ilmu sebanyak dan semampu yang boleh. Tambah ilmu, amalan. Yang basic apatah lagi. Kene jaga. Dan of course perbanyakkan doa. Make a tight bond with Him. 

Soal kawen bukan kontrak dua tiga tahun. Ianya kontrak seumur hidup dan juga sampai ke alam selepas mati. Kita mahu bawa masjid ini sampai syurga, bukan takat lima, enam tahun, pastu cerai. No!. So, ia perlukan persediaan yang serba cukup.

For women especially, akhlakmu menentukan nasib si dia. Sama ada syurga atau neraka. Isn't a heavy task for us? Kaulah yang bakal menegur si dia, kala alpanya dia akan suruhan Tuhan. Kaulah yang sepatutnya mencorakkan dan membentuk khalifah-khalifah untuk masa hadapan. Isn't a heavy task for us? So, sekali lagi untuk ditekankan, yang persediaan itu amat amatlah penting.

So, stop gossiping. Please!
Semua dah besar kan? Boleh pikir sendiri.



Am I wrong?.. Sorry, if my opinions hurt you.



#Kahwin bukan setakat perihal hati dan perasaan.


 




Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact