Skip to main content

Dari Pandangan Hamba

بسمالله الرحمن الرحيم 


 Pada suatu petang yang cerah, ada sebuah keluarga di mana si ibu sedang tekun menyulam kain di tepi rumah. Si anak pula sedang leka bermain di halaman rumah sambil diperhati oleh ibunya tadi. Sedang asyik bermain bersama teman-temannya, si anak kehairanan melihat si ibu yang dari tadi tekun menyulam, lalu si anak menghampiri ibunya.

"Mak, mak buat apa ni?" tanya si anak

"Tiada apa-apa, kamu pergilah sambung main." Jawab si ibu.

Si anak tadi sambung meneruskan permainan. Setelah letih bermain, si anak menghampiri lagi ibunya, bertanyakan perihal yang sama.

"Mak buat apa ni?"

Sambil melihat kain sulaman itu yang berserabut dari bawah kain itu.

"Mak tengah menyulam. Kamu pergilah main lagi."

 Lalu si anak bermain lagi, setelah beberapa lama kemudian, si ibu memanggil anaknya.

"Kamu nak tengok tak apa yang mak buat tadi?" tanya si ibu

"Nak. Mana dia?"

Lalu si anak melihat kain sulaman ibunya tadi dari pandangan atas. Di dapati sulaman si ibu tadi sangat cantik dengan sulaman bertemakan pemandangan. Ada bunga, ada burung, ada pokok, ada rumah dan sebagainya.
Lalu  si ibu menegur anaknya tadi.

"Tadi, kamu melihat dari pandangan bawah, kamu dapati ianya buruk, tapi setelah kamu pandangnya dari atas kamu akui yang ia sebenarnya cantik dan indah. Begitu jugalah hidup ini. Takdir dan ketentuan yang sudah Allah tetapkan kepada setiap hambanya itu, jika kita pandang sebagai pandangan hamba Allah kita memang dapati ianya buruk untuk kita, tetapi jika kita pandang dengan pandangan atas atau melihat dengan bagaimana Tuhan melihat, nescaya kamu akan yakin setiap yang Allah beri itu adalah yang sangat indah untuk hamba-hambanya." 




Terkesan dengan kisah ini, analogi yang mesejnya 'sampai' ke dalam hati. Pentingnya rasa redha dan syukur atas apa yang kita ada untuk capai rasa bahagia. Setiap yang kita ada ini semuanya Tuhan yang punya, semuanya pinjaman belaka. Allahu rabbi. Subhanallah, masyaAllah.


Kalau nak tahu kisah-kisah lain lagi boleh cari slot ceramah 'Dirimu Memang Cantik' dari Ustazah Nurhafizah Musa.



Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact