Skip to main content

Something I can see from her.

Post ni sempena memenuhi request dari beliau. XD

Saya sebenarnya tak berapa pandai nak mengarang mengenai orang. Tapi, apa salahnya mencuba kan?.. kahkahkah..

okay, macam mana nak start?..

saya sebenarnya dalam diam-diam saya, banyak sebenarnya yang saya belajar dari beliau. Maksudnya, saya banyak memerhatikan beliau dan me 'reflect'kan apa yang saya perhati dari kehidupan beliau dengan cara kehidupan saya. Dan sebenarnya, banyak kelebihan beliau yang tidak ada dalam diri dan kehidupan saya. 

Saya tak pernah jumpa seorang rakan pun yang sejujur beliau. Betul. Tak tipu. Macam mana nak explain eh?.. Macam ni , dia bagi apa yang dia ada pada dia, dan kita pon bagi apa yang ada dekat dia. Hahahahaha.. ape benda aku cakap ni? Maksudnya takde selindung2, takde agenda apa-apa. 

Saya sebenarnya tak berminat dengan manusia-manusia yang suka mengambil kesempatan. Contohnya, kita bersungguh-sungguh nak kawan dengan dia, share segala cerita suka-duka kehidupan kita, up and down kita, tolong dia masa ssusah dia, tapi last2 dia pi tinggal kita macam tu je, macam kita tak pernah ada apa-apa yang di share, bila jumpa balik dia react dengan kita macam kita ni stranger pada dia, macam dia tak pernah kenal kita, pastu dia pergi kawan dengan orang lain dan tak pernah tegur kita pon kalau kita tak tegur dia dulu. Padahal dulu share makanan sama-sama, share stories sama-sama. Saya rasa orang macam ni tak jujur. Tak jujur dalam bersahabat. Saya tak suka dengan short term friendship macam ni. 

Macam love story pon ada jugak kan?.. lololollll..

Tapi entahlah, saya jenis yang macam tu. Lepas tu, saya dah mengambil pengajaran lah daripada pengalaman saya tu supaya jangan percaya sangat dengan orang luar. Kena kenal dulu orang tu macam mana, lepastu baru kita boleh share segala benda. Hahahahahaha. Tak nak dah rasa dikhianati. Kah kah kah. 

Okay, post ni pasal beliau, bukan pasal saya. Hahahaha.. Bila dah kenal dengan beliau ni, saya dapat balik apa yang saya nak. Kawan yang jujur. Selalu bagi pendapat yang sejujurnya. Kalau baik cakap baik, kalau buruk cakap buruk, dengan cara yang berhikmah. Alhamdulillahlah, saya bersyukur sangat sebab dapat kenal dan bersahabat dengan beliau.

Lagi satu, ssaya bersyukur sangat sebab dari beliau saya dapat tahu apa yang saya kurang dari sudut family saya. Terutamanya dari aspek komunikasi dan dari segi memahami. Sekarang saya baru tahu, pentingnya sifat memahami dan sifat keterbukaan dalam sesebuah keluarga. That makes everybody in the family feel appreciated dan rasa bebas. Kadang-kadang kita ni hidup je sebumbung tapi hati lain-lain. Disebabkan kurangnya komunikasi dan saling berkongsi antara satu sama lain. Mengapa kurangnya komunikasi?.. Disebabkan kurangnya sifat memahami dan sifat terbuka antara ahli keluarga.  contoh perbualan dalam keluarga, ni contoh je tau, takde kaitan pon dengan family saya:

Situasi 1


A: Belajar okay?
B: Tak.
A: Kenapa? Ni mesti berkawan dengan sesapa entah. Siapa kawan kamu ni?.. ( Si A terus melontarkan pelbagai andaian yang tak betul)
B: (Apa yang si B mampu lakukan hanyalah berdiam diri demi tidak mengeruhkan lagi keadaan.)

Perbualan terus tertutup.



Banyak lagi sebenarnya yang nak dihuraikan mengenai beliau, tetapi masa tidak mengizinkan. Btw, siapa beliau itu?..


Biarlah rahsia.







Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact