Skip to main content

Kecelaruan


              Agak jauh sudah 'berjalan' setelah habis berkonvo oktober yang lalu, daripada menjadi seorang cikgu tadika bidang terjun (setelah direject berkali-kali memohon kerja ditempat sendiri) dan sekarang Alhamdulillah sudah bekerja di salah sebuah diagnostic lab di kelana jaya yang lebih mudah untuk berulang-alik pulang ke kampung. Apa yang saya rasa dan fikir? sangat banyak, terlalu banyak, sekarang saya lebih kerap diam, jarang benar bergelak ketawa seperti yang dulu. Bahagiakah saya sekarang dengan pilihan saya ini? adakah apa yang saya lakukan sekarang diredhainya? adakah pilihan saya ini akan menjadi benda yang akan menghabiskan sisa umur saya selepas ini?

            Kadang-kadang saya rasa macam masih terlalu awal untuk mempunyai kerjaya kerana umur masih 24 , masih belum puas untuk menuntut ilmu yang pelbagai, tetapi banyak pula rintangan-rintangan ang datang. Sekarang what matter most is my family. Yang menjadi penguat setiap kali rasa heartbroken atau rasa diri ini tak berguna adalah family dan semestinyalah Tuhan yang lebih utama. Setiap hari mesti berkira berapa hari lagi boleh balik kampung. Pantang ada cuti dua hari mesti balik ke kampung, tiada apa lagi yang membahagiakan hidup di KL kalau seorangan, bukan? adakah keadaan saya ini normal bagi orang yang baru memulakan kerjaya?



and ...what's next?





24 Ramadhan 1437H/29 Jun 2016

Comments

Popular posts from this blog

Lihat Dengan Mata Hati

Ohayo !!!
Konichiwa !!!
Oyasuminasai !!!
eh, Assalamualaikum..^^
Rindu saya tak?..wahaha..jangan tipu, saya tau anda semua rindu saya kan kan kan ?
Maaflah sebab membuat blog saya ni berhabuk sikit, disebabkan ketiadaan emosi dan selera maka blog ini ditinggalkan kesepian.
Ada tiga benda yang kalau dilihat kita akan dapat pahala: melihat wajah ibu bapa (p tengok sekarang, koi malu nak tengok depan-depan sebab tu koi tengok curik-curik je)melihat kaabah (tengok kat tv pon boleh)melihat laut ( jom pi picnic!!!)  Saya rasa pelik, macam mana tengok laut leh dapat pahala?..sebab kalau nak diikutkan dengan arus modenisasi sekarang ni, makin tambah dosa adela dengan tengok orang couple2..tengok orang pakai tak cukup kain..ye la kan kat tepian laut kan banyak orang speses cenggini. wuhuhu..
Ok, jawapannya, dengan melihat laut, kita boleh  berfikir tentang kejadian alam.


Bila tengok laut terbentang luas depan mata....
         Ya Allah, luasnya laut ni, macam tak de penghujung..macam mana lah ora…

Dah Banyak Kali Saya Cakap

Ada beza antara kaca dan permata. Cewahh, tetibe je. Ye, betul! dua-duanya nampak serupa, tapi kalau kita perhati dan teliti dengan bantuan lens ataupun mikroskop 40x magnifier, 100x, kalau tak nampak jugak, mintak sikit minyak masak mak awak kat dapur tu, letak sikit kat slide awak tu..Eheh, pasti kita nampak ada perbezaannya. Yang permata, nampak berkilau-kilau tapi yang kaca , ianya pudar, kosong.
Tapiiiii, ini bukan hikayat kaca mahupun permata. Jauh sekali mengenai lens ataupun mikroskop. Cumanya, acapkali makhluk yang bergelar manusia suka menghakimi manusia yang lain. 
Situasi semasa solat jemaah.
A:  awak sekolah agama ea dulu?
B: a'ah
A: awakla jadi imam.
B: huh?
Kenapa selalu sahaja budak yang memegang title "sekolah agama" di anggap lebih  alim berbanding dengan yang tidak sekolah agama? Padahal sama je , sama-sama belajar fardhu ain.  Cuma, ada la kelebihan sedikit pada budak "sekolah agama" sebab diorang ambil Sijil Menengah Agama (SMA). Mereka ken…

Apa Rasanya Menjadi Buta?

Ini kisah petang tadi, di mana kami satu kelas dengan lecturer sekali menjadi Si Buta. 
Pengalaman sebagai seorang buta bermula apabila kami dibahagi-bahagikan mengikut beberapa kumpulan. Jadi saya masuk dalam kumpulan yang ketiga. Kami diminta untuk menanggalkan spec, jam, phone, beg dan semua harta benda di luar tempat tu sebelum masuk. Kemudiannya diberikan walking stick setiap seorang as a personal assistant. Sebelum memulakan journey, kami di beri beberapa rules:
1. There are many doors inside there, but don't open it, (Masa dia cakap first rule ni, aku dah start terbayang dalam tu mesti ada rumah hantu, My God !!!) 2. There are some real things in there, you can touch, smell but don't taste it ( Statement ni buat aku terbayang ada katak ka, ular ka, cacing ka dalam tu...yewwwwww) 3. Inside there, listen only to Eric's voice, not others. ( Ni mesti ada distractions nanti)
Apa lagi, aku dengan Faizah, Mira kecik, Ros pon dah start gelabah pegang tangan sesama, dengan …