Skip to main content

Jodoh, Cinta dan Syurga


Bukanlah aku seorang yang suka bercakap mengenai cinta. Lagi-lagi cinta terhadap manusia. Namun, kehadiranku ke satu forum, mengubah sedikit persepsiku terhadap cinta.

                                    
      CINTA, also known as Al-Hubb telah disebut sebanyak 76 kali di dalam kitab agung Al-Quranul Karim. Ini bermakna cinta itu bukan sesuatu yang remeh, malah ia merupakan satu elemen yang penting dalam hidup manusia. Ia merupakan rangkaian perkataan yang cukup indah  untuk dirasa oleh hati.

        Cinta, rindu dan perasaan sayang itu adalah anugerah dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Bahkan Allah merasa hairan sekiranya seseorang itu tidak ada perasaan cinta, rindu ataupun sayang. Cinta itu normal, rindu itu normal, perasaan sayang terhadap sesuatu itu juga normal. Cumanya, bila cinta itu tidak di letakkan pada tempatnya ia tidak akan membawa ke Syurga Allah. Maksiat dan semua perkara yang dilarang oleh Allah hanya akan membawa cinta itu ke arah kebinasaan. Allah akan menarik kembali perasaan sayang, rindu dan cinta itu andai peraturan-peraturannya tidak dipatuhi. Andai ada rasa cinta, biarlah cinta itu kerana Allah, andai ada perasaan sayang biarlah sayang kerana Allah dan andai ada perasaan rindu biarlah rindu itu kerana Allah.

                      
Sebut tentang cinta, semua orang tahu cinta itu mengenai hati, dan hati itu adalah raja diri kita. 

“Indeed. Love is blind and lovers cannot see”. That’s what Wlliam Shakespear said.

Kerana, disebabkan cinta, seseorang itu beroleh kebahagiaan dan cinta yang suci. Dan sebab cinta juga ia membawa kepada kebinasaan iaitu membunuh diri. Persoalannya bagaimana cinta itu dapat kita arahkan untuk mencapai cinta yang suci , cinta tanpa noda dan cinta yang mampu mencapai Syurga Allah.

   “ Cinta mesti digunakan selaras dengan tujuan Tuhan menurunkannya”. 

Perhatikan ayat tadi “ selaras dengan tujuan Tuhan menurunkannya”. Dia menurunkan cinta supaya manusia tenang dalam kehidupannya, tenang dalam menjalani tugasnya di muka bumi Allah ini sebagai Hamba( bermaksud menjadi makhluk yang baik) dan yang kedua ialah sebagai Khalifah( yang memberi dan menyebarkan kebaikan). Cinta hanyalah satu alat. Andai alat itu diguna dengan baik sebagaimana fungsinya dia akan menjadi berguna. Analoginya cukup mudah, sebatang pen memang dicipta untuk menulis. Sekiranya ia diguna untuk menulis, ia tidak akan rosak malah memberi manfaat kepada si penggunanya.

                            
 Manakala, jika pen itu diguna untuk mencucuk benda yang keras atau diguna selain dripada fungsi asalnya tentulah pen itu rosak. Begitu jugalah halnya dengan cinta. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Dia maha tahu bahawa manusia tidak mampu untuk mengendalikan soal cinta ini dengan kemampuan mereka. Makanya, dia mengadakan peraturan-peraturan kepada hamba-hamba-Nya seperti menutup aurat, menjaga pandangan dan sebagainya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk,” (al-Israa’: 32)

    Ramai yang menganggap peraturan atau hokum-hukum Allah ini sebagai satu sekatan bagi mereka. Sekiranya anda berfikiran sedemikian, renungkan kembali. Cuba kita perhatikan dijalan raya, banyak signboard yang kita lihat seperti 90km/jam, 120km/jam. Bukankah ia merupakan satu peraturan?.. tetapi adakah ia membebankan kita?. Tidak bukan. Begitulah analoginya.
                        
    Jodoh itu rezeki masing-masing. Ada orang cepat sampai jodohnya. Ada orang yang lambat. Ada empat sebab mengapa seorang wanita itu dikahwini.
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara..kerana kecantikannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih yang taat beragama dan berakhlak, nescaya kamu beruntung." (Riwayat Al-Bukhari,Muslim)
*kalau disertai dengan keindahan penciptaannya,itu adalah b0nus~(^.^)~

        Pilihlah yang beragama, anda tidak akan rugi. Sekiranya kita ingin berkahwin dengan seorang perempuan atau lelaki itu, Tanya diri kita sendiri dulu.

“ andai aku mengahwini dia, mampukah dia membantu aku untuk menjadi khalifah Allah yang lebih baik”

Antara tips bagaimana untuk mencari pasangan hidup kita:

   Diri sendiri hendaklah menjadi soleh/solehah terlebih dahulu
  Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Ikut pilihan orang yang baik
Jodoh yang diatur oleh orang yang baik seperti ustaz, guru, sahabat yang baik dan ibu bapa lebih terjamin perkahwinannya kerana kita mempunyai sistem nilai yang sama dengan mereka. Contohnya, Rasululullah sangat menyayangi anaknya Fatimah. Apa yang baik pada pandangan ayahnya(rasulullullah) itulah yang terbaik untuk dirinya sehinggakan Fatimah menerima dengan hati yang terbuka apabila ayahnya menjodohkannya dengan Saidina Ali. Ini menunjukkan mereka mempunyai system nilai yang sama.

Cintai Allah dan Rasulullah
Sebelum kita cinta kepada manusia, Allah dan rasulullah lebih berhak untuk kita cintai terlebih dahulu. Jangan sesekali letakkan cinta terhadap pasangan kita cinta yang teragung sekali kerana ada yang lebih agung dan lebih utama untuk kita cintai. Percayalah apabila kita letakkan cinta pertama kita adalah manusia, kita akan kecewa di kemudian hari kerana cinta manusia tidak akan kekal. Apabila kita letakkan cinta pertama kita adalah Allah, kita akan tetap tenang dan teguh dalam menghadapi apa-apa cabaran dalam perkahwinan.

  Percaya Qada’ dan Qadar Allah
Sebagai muslim , kita wajib beriman dengan Rukun Iman yang keenam ini. Jangan terlebih kecewa sekiranya seseorang yang kita suka itu tidak menjadi pasangan kita. Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Redha dengan segala ketentuannya, kerana disitu terselit pelbagai hikmah yang kadangkala tidak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas ini.

Solat Istikharah dan Berdoa
Solat dan berdoalah dengan sungguh-sungguh. Banyakkan solat istikharah. Petunjuk bukan hanya datang dalam keadaan kita bermimpi. Mungkin dengan cara yang lain. Doa biarlah jelas. Kalau boleh sebutkan detail-detail sekali kerana jika kita tekad dan berdoa sungguh-sungguh Allah akan jawab doa kita. Kita dekat dengan Allah, Allah lagi dekat dengan kita. Kita jauh dengan Allah, Allah jauh dengan kita.


                                     

                                      
Akhirul kalam, gunalah cinta sebagai alat untuk kita meraih Syurga-Nya. Perlengkapkanlah diri dengan ilmu agama, hiasi diri dengan akhlak terpuji, Insya-Allah hidup bahagia dan harmoni.

Kerana Cinta
cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica
http://liriknasyid.com

Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact