Skip to main content

JUMP Part 2

Sabtu, 17 mac 
Hari kami dihiasi dengan Qiamullail walaupun agak lewat hari itu. Dimulai dengan solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan juga witir. Terasa sungguh dekat dengan Maha Pencipta. Lantas aku malu sendiri mengenangkan bilakah kali terakhir bangun berqiamullail. Niat sudah banyak kali, namun seringkali juga tewas dengan nafsu. Sungguh aku insan yang lemah.



Aktiviti kami diteruskan dengan beriadhah sambil berzikir. Hari beransur cerah dan barulah kami dapat melihat pemandangan sekeliling. Nyata, kawasan itu dikelilingi oleh banjaran bukit yang menghijau. Sunyi tapi tenang. Kami kemudiannya bersarapan pagi dengan mee goreng dan air milo susu, meski terasa lapar tetapi terasa tidak berselera. Bukan disebabkan tidak sedap tetapi aku sendiri rasa tidak berselera. Kurang tidur barangkali.*ade effect ke? 

                                                                        gambar jah n paie xde plak, sorry.

selepas semua peserta berkumpul di dewan, kami dikejutkan dengan kehadiran salah seorang imam muda iaitu IM Fakhrul. Susah untuk aku katakan kerana sudah lama memendam hasrat hati untuk bertemu dengan imam muda. *bukan na menggatal ye! harap phm . Slot 1 kami bertajuk " We are not alone". Dalam slot ini kami difahamkan betapa pentingnya kerja berjamaah lagi-lagi dalam kerja menyampaikan dakwah islam. As a muslim, not just a human, we are hold three responsibles, as a Khalifah, as a slave of Allah, and also our responsibility to spread Amar makruf and Nahi Munkar. Katanya lagi, semua benda atau tugas tidak akan sempurna kecuali dilakukan secara berjemaah. Solat yang dilakukan sendirian juga tidak sempurna melainkan solat secara berjemaah. Allah suka kalau sesuatu kerja itu ada organisasi, ada susunan.

  "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang kukuh"

~Surah Saff ayat 4~ 

xsangka dia ni spoting..^^

4 Perkara yang seharusnya seorang muslim lakukan:
  • Berbangga dengan Islam
          Banggalah dengan Islam kerana islamlah satu-satunya agama yang diterima Allah. Carilah kemuliaan        dengan islam. Bangga bukan hanya dalam konteks perkataan tetapi bangga dengan perbuatan dan     perlakuan seharian kita. Islam is the way of life. There is no point of being proud just by our mouth!.         Remember the meaning of Imaan, Iman is believe in heart, confess by lisaan and prove by our daily          routine. 



  • Mengajak orang lain kepada Agama Allah
  Ajaklah orang lain mengenali Islam dengan pelbagai cara dan dalam bidang masing-masing. Sekiranya kita bekerja sebagai doktor, sampaikan kepada pesakit apa hikmah di sebalik sakit, mengajak pesakit itu untuk banyak berzikir. Jika sebagai guru, ajar murid-murid adab sebagai muslim, jika sebagai seorangbiomedical reseacher?..rase-rasenye ape ye?..*sebenarnya saya pun tak berapa pasti bagaimana nak menyumbang kepada islam dalam bidang ini, saya masih belum ada jawapan, 


  • Cari sebanyak-banyak ilmu
 Yes, of course kita semestinya kena ada ilmu. Dakwah hendaklah berdasarkan ilmu dan hujah yang betul supaya dakwah itu lebih berkesan. Dakwah tanpa ilmu menyebabkan  kesesatan.

  • Buat ketiga-tiga perkara di atas secara berjemaah
 Inilah yang dikatakan berorganisasi supaya kita tidak mudah rebah dan hilang semangat. Dengan berjemaah kita akan ada sahabat yang membantu kita. Kita buat kerja Islam, Allah akan bantu kita saat kita susah. Yang penting usaha , sebab Allah lihat usaha kita dahulu daripada yang lain. Pertolongan Allah itu tiba saat kita betul2 memerlukannya, like always, Hero comes later!

Pengisian untuk Slot 1 ini memangla banyak dan padat. Tamat sahaja slot satu kami berkumpul mengikut kumpulan masing2 untuk membincangkan intipati-intipati dari slot 1 tadi. Program diteruskan dengan Slot 2, sekiranya tadi kami bersama dengan imam muda, tapi kali ini kami bersama dengan salah seorang mursyidnya pula, Ustaz Izhar Arif. Hampir tersasul menyebutnya disebabkan namanya berdekatan Ustaz Azhar Idrus. Maafkan kami ustaz^^

ustaz ni memang sangat begitu kelakar..^^

"Muhammad And I are not so Different" tajuk slot ke 2 kami. Apa yang ditekankan dalam ceramah beliau ialah, kita dan Rasulullah tidak banyak beza in term of Khalifah. Memang kami banyak ditekankan soal leadership dalam kem ini. *tema pun Producing Professional Muslim  Leaders. Jangan sesekali kita jadikan budaya hidup barat yang buruk sebagai cara hidup kita. We are muslim and only Islam is the way of our Life. Ada satu benda yang menarik beliau sampaikan. Sekiranya kita terjumpa ses yang baik dan kita ingin memilikinya tetapi kita tidak mampu pada waktu itu, kita perlu berdoa untuk mendapatkannya. Keep Praying and InsyaAllah Our Du'a will be answer. That's the power of Du'a.

Jangan mudah me"label" kan orang, satu lagi ilmu yang saya dapat dari beliau. Hidup jangan mudah melabel orang. Belum tentu orang yang rambut pacak-pacak itu xde agama, belum tentu orang yang kita selalu nampak buat perkara yang haram itu masuk neraka. Kita belum tahu. Belum tentu orang yang kita selalu nampak pergi surau, selalu buat baik masuk syurga. Kita belum tahu. Mungkin dikemudian hari orang yang selalu kita nampak buat perkara haram akan jadi baik macam orang alim dan mungkin nanti orang yang kita anggap baik itu akan buat perkara-perkara yang haram. Nauzubillah. Kita tidak tahu. Semuanya berbalik pada hati dan menjadi Rahsia Allah.

but people keep judge a book by its cover..hmm

Cukupla dahulu untuk entry kali ini. Ini pun sudah banyak yang diringkaskan sebab kalau tidak, mahu panjang berjela jawabnya. Jumpa lagi ..Assalamualaikum..:)

*sorry utk  entry sebelum ni, ayat x bape nak matang ..huhu, klu saya rajin ,saya editla nnti. Btw, xsaba na wat entry pasal Al-Fateh, Bab kemuncak tu..^^




          




Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact