Skip to main content

Tak Susah Pun Sebenarnya

'Lame dah tak keluar. Bosan kot duk bertapa kat UM ni. Nak gi mane ea?' Irfan menggumam di dalam hati. Dia yang sedang baring di atas katil lantas duduk. Jam baru menunjukkan angka 10.  Dicapainya lecture note Pathology, cuba membaca perkataan demi perkataan. Tapi..

'Haihhhh, tak boleh masuk aku la tengok segala macam diseases ni. Hadoii.' Lecture note itu diletak kembali di atas meja studi.

'Bosan giler ah. Roomate plak balik.  Haishh, nak kuar jugak esok tak kisah la pi mana pun.' Sekali lagi Irfan menggumam. Matanya memandang henset Samsung ditepi bantal.

' Sunyi je henset aku malam ni ' Tangannya pantas mencari contact number didalam fon dan matanya tertancap pada nama Shakir.

+ weyh, Shark ,ko de kat kolej an esok?

- kot ye pon, xreti ke na bg salam dulu, Pa'an? ade je, awat?

+eheh, ASSALAMUALAIKUM WAHAI SAHABATKU! mahukah saudara menemani hamba pergi berdagang esok hari? *amik kau!

-WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULAH SAHABATKU! apa gerangan tuan hamba mahu mengajak patik pergi berdagang? apa tuan hamba sudah tidak ada barang kerja lainkah?

+ amboihhh, perli nampak..haha, back to normal ok, back to normal.  Nak x kuar esok?

- p mana? hang ni dah kene sawan ke ape, xpenah ajk ak kuar ni.

+ alahh, ikut je lah, p masjid jamik cukuplah.

-eh, ko na shopping brg ke?, ishh, mengalahkan pompuan la ko ni. Pukul bape esok?

+tghari skit la kot, dalam kul 2 camtu.

-tu bukan tghari pandai, tu ptg namanye..haha, ok2, ak bajet kedit ni, tak kuasa na mesej kau lelama. ape2 roger ak esok eh.

+wokkeyyhh, thanx shark.


Dan Irfan tersenyum. Sebenarnya , tidak ada apa barang pun yang mahu di carinya di Masjid Jamik tu, atau juga dikenali sebagai Jalan Tar. Cuma, entah, itu sahaja tempat yang sempat difikirkannya sebelum memberi jawapan pada Shakir.




Say, [o Muhammad]. "Travel through the land and observe how was the end of those before. Most of them were associators [of others with Allah]
 [30 : 42]




*****


Jalan Tar.

Pa'an ; Sesak la jalan arini.

Shark : Memangla, weekend. Biasela tu. Ko ni pon satu, tak de tempat lain ke nak lepak pon. Kat sini plak   
            tujunya.

Pa'an : entahla, aku tak taula nak gi mana lagi.

Shark : KL ni punye la besar, boleh plak tak tau nak gi mana. Haihhh, kawan aku ni la kan. Takpela jom 
            jalan kat sana . 

Satu demi satu gerai di lewati, tapi tiada satu barang pon yang berkenan di hati. Cuci mata mungkin kali ini. Dari jauh kelihatan ramai orang berkumpul di satu gerai yang tidak berbumbung.

"10, 10, baju batik 10 ringgit"

Pa'an : Shark, jom pi sana. (sambil menunjuk ke arah gerai tadi)

Shark : Ade ape tu?.

Pa'an : Ade orang jual baju batik.

Shark : Ko pegi dulu la, aku nak tengok wallet ni jap. k.

Pa'an berlalu mendapatkan gerai tadi tanpa ditemani Shakir. "Hmmmm, cantik gak baju ni. Kalau buat hadiah bagi kat mak ok la kut. Lagipun , minggu depan cuti ." Pa'an bermonolog sendiri.

"Abang! Abang!"

Satu suara budak kecil memanggilnya dari belakang sambil menarik baju t-shirtnya. Pa'an lantas menoleh.

" Surah Yaasiin bang "

Budak kecil itu menghulur senaskhah buku nipis berkulit merah.

" Haishh, kat mane-mane ade je la pengemis" Pa'an sedikit merengus.

"Tak pe la dik, abang tak nak." Pa'an tidak menghiraukan  budak kecil itu.

"Abang!"

Bersungguh budak kecil itu menghulurkan  buku yaasin itu. Pa'an menoleh kembali. Simpati. Lalu menghulurkan  sekeping not merah untuk di berikan kepada budak itu. Buku merah itu bertukar tangan.

"Terima kasih abang"

"Sama-sama" 

Pa'an melihat mata budak itu. Dalam. Terasa kegembiraan di wajah budak kecil itu. 

Shark : Dah beli blom? (Seraya menepuk bahu Pa'an)

Pa'an : Huh? Beli ? Beli ape?

Shark : Tak jadi beli baju ke?

Pa'an : Ohhh, baju. ha belum lagi. Tadi ade budak...(Pa'an mencari budak tadi tapi sudah tiada)

Shark : Budak ?

Pa'an : Tak de papelah. Jap , aku nak beli baju jap.

Shark : K, k. Cepatlah. Hari nak hujan ni. Kang tak pasal-pasal kuyup kang kat sini.


Usai membeli baju, mereka bergegas masuk ke dalam kedai. Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Pa'an diam. Termenung.




Dan sebenarnya tak susah pun nak bagi atau kongsi sedikit nikmat yang Tuhan bagi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Dengan sedikit pemberian yang kita bagi sudah cukup untuk memberi kebahagiaan kepada si penerimanya, macam budak tadi...

Cuma lihat kepada masyarakat sekeliling sudah cukup untuk buat diri insaf yang diri ini sebenarnya selalu sangat lupa untuk bersyukur. Yang perlunya ialah untuk kita celikkan mata hati kita. Selalu sangat kuman diseberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak pernah pulak nak nampak.

Senyum.
 














Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact