Skip to main content

Erti Hidup Pada Memberi

 Bismillahirrahmanirrahim..


'Saat melihat anak didikmu menjengkelkan dan melelahkan,maka hadirkanlah gambaran bahawa satu di antara mereka kelak akan menarik tanganmu bersama-sama menuju ke syurgaNya' 

Hari ni dapat lagi satu pengalaman baru, bilamana, dan entah bagaimana alhamdulillah seorang sahabat yang cantik molek baik hati mengajak den untuk participate dalam family TFTN alias Teach For The Needs. So, kebetulan salah satu program diorang dibuat berdekatan dengan UM. Kat mana? Sekolah Kebangsaan Bangsar berdekatan dengan Stesen LRT Kerinchi.

Patutnya hari ni kelas habis pukul 12, tapi disebabkan talk invited speaker agak panjang, kelas habis pukul 12.30. Pukul 1 patutnya kitorang dah kene ada di sekolah tu dah. Tak sempat nak lunch pon sebenarnye. Tapi takpe, tak kisah pon semua tu. Sampai je kat sekolah tu, satu hal lagi, mana nak cari makmal komputer. Tanye guard kat situ dia kata dengan konfidennya blok A Tingkat 1. Kami pon pergi la naik bangunan tu.  Tapi sebenarnya kat situ bukan makmal komputer tapi sebenarnye pejabat. Apakah? =_=. Pusing punya pusing then tanya cikgu kat situ rupa-rupanya naik lagi satu tingkat. Nasib baik sekolah tu kecik. 

Selain kitorang ade dua orang je volunteer yang ada. Husna dan Shuhada nama dia. Lepas dia bagi briefing pasal apa nak buat kat bebudak tu kitorang pon startla buat sesi 'taaruf' dengan budak-budak tu.

Pelik sangat-sangat, di tengah-tengah Kota Metropolitan Bandaraya Kuala Lumpur ni, masih ada lagi pelajar darjah 6 yang tidak tahu membaca, masih ada lagi pelajar yang tidak tahu asas mengira. Terkejut, pelik. Tapi alhamdulillah, katanya diorang dah ada peningkatan dari segi membaca.  Macam mana diorang nak periksa UPSR nanti agaknya. Tapi kan, diorang ni merangkak-rangkak membaca pon diorang ada facebook. Tak paham den!

Tapi memangla, kelas darjah 6 diorang pon ada 9 kelas, setiap kelas ada 30 orang pelajar. Cemanalah cikgu yang sorang tu boleh ajar 30 orang muris sekaligus. Den boleh try mengajar sorang je dalam banyak-banyak diorng tu. Pasal apa? pasal den bukannya cikgu betul. Hihihi..Nak handle belas-belas orang murid sekaligus tak reti den. Tapi diorang ni memang semangat betul nak belajar. Cumanya, kene tahanlah celoteh diorang tu. Kene sabar mengajar diorang.




Kita tak tahu yang sebenarnya dalam arus manusia yang semakin bijak pandai di bandar ni, masih ada yang memerlukan bantuan kita. So, rasanya tidak salah untuk menyumbang sedikit tenaga untuk mereka-mereka yang istimewa ini. :)

Tapi yang awkwardnya bila tersyasyul-syasyul menggelarkan diri sebagai cikgu. Sekejap akak, sekejap cikgu. Pasal diorang panggil den cikgu jadinya den pon gelarkan diri den cikgu.. Lulllzzzsss.. Perasaan tu best sangat-sangat sampai den tak reti nak describe cemana. Lagi satu den ada sorang je adik. Rasa bosanggg. 

Sesiapa yang berkelapangan tu jomlah join TFTN. Program ni bukan setakat mengajar je, korang nak masuk bahagian photografi ke ape ke, pon boleh..

Ni link dia..

Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact