Skip to main content

Ilmu dan Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim..

Just nak share ape yang saya rasa penting dalam hidup sebagai seorang 'student'. Ni wrap up je, sebab larut malam dah ni.

1. Baca dan hayati kisah-kisah ulama, islamic scholar, dalam menuntut ilmu. 
    -Cari semangat dan kekuatan mereka dalam mencari ilmu.

2. Mujahadah (bersungguh-sungguh)
    -keluar dari zon selesa
    -Allah lihat usaha, bukan resultnya.

3. Fokus
    -sepertimana solat, belajar juga perlu kepada khusyuk (Fokus)

4. Jaga adab dengan ilmu.
    -nota perlu di letak di tempat yang sepatutnya
    -especially dah habis exam, nota jangan sepahkan, kalau taknak guna, bakar je.

5.Cari barokah dalam ilmu.
  -hormat kepada guru, lecturer
  -apa erti barokah?
   (ilmu yang disampaikan oleh guru/lecturer/murabbi meresap masuk ke dalam hati dan dengannya dapat          mendekatkan diri dengan Tuhan.)

6. Bangun Malam (Qiyam).
    -bab yang ni, paling susah la nak buat. Sape yang buat tu memang terer lah. Wa tabik spring sama lu. Hihi.     -pasal apa kene Qiyam? pasal waktu tengah malam lah Tuhan paling mendengar suara hamba-hambaNya.      Juga antara waktu mustajab doa. *senyum* Tapi, tu lah, nak bangun tu yang payah. Cikgu tyme sekolah pon memang pentingkan sangat soal qiyam ni. Tapi saya je yang malaih tahap tujuh petala.
    -paling kurang tu, bila terbangun tengah-tengah malam kalau tak mampu nak buat solat ke,  at least,               atleeeeaaaasssttt kita doa, kita minta pada Tuhan supaya dipermudah jalan kita dalam menuntut                     ilmu, nak doa bende lain pon boleh, asalkan bende yang membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat.         ecewwahh...Nak doakan kebahagiaaan saya pon boleh.. hihihi..

7. Jauhkan dari maksiat.
   - maksiat ni luas skop dia. Tapi.. especially bagi makhluk ciptaan Allah yang paling cantik ni (women), 
   aurat tu lah bab paling susah nak jaga. *Confession*. Pasai apa? Pasal bende tu leceh, semua nak kene       tutup, nak kene longgar, nak kene labuh. Rimass, panasss, lecehh, hah,.. apa lagi?..keluarkan, keluarkan......
- Tapi apa benda yang menyebabkan Islam itu indah kan, pasal benda yang cantikla kene tutup serapi-rapi mungkin. Rimaihh, panass semua tu kene sabarlaah, sebab setiap titik peluh tu ada pahalanya kalau kita niat menutup aurat kerana Dia. :') Tapi kalau dah biasa, takde hal lah bende tu. 
- So, apa kaitan aurat dengan ilmu?. Kaitannya... Ingat kisah Imam Syafi'e? Kisah yang beliau lupa hafalannya disebabkan terlihat aurat wanita? Pikir-pikirlah sendiri.

8. Doa
-Ni bende yang penting jugak lepas dah buat semua usaha tu. Hmmmm.. Bak kata orang arab, Dua' silahul mukmin (Doa itu senjata mukmin). 
-Kalau penat ke, rasa nak give up ke, Doa!, Takut? Doa! Tak ingat? Doa!

9. Ikhlas dalam berilmu.

10. Sampaikan Ilmu.

11. Manfaatkan ilmu untuk Islam.


Alhamdulillah, setakat ni je lah yang termampu. Moga ada manfaatnya untuk kalian yang membaca.

My dear Syai,
I wrote all of these to you so that you can remember and apply them in your life. You really need them in time of needs and when you feel 'futur'.



"Barangsiapa yang menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke Syurga'



Isnin,
25/2/2014,
1.05am.

(assalamualaikum)...genitee!! 



Comments

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact