Skip to main content

Tak Mampu Terluah



اللهم انا نساءلك رضاك والجنة

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ridha dan jannahmu.


Kalau dihayati maknanya, Subhanallah, rasa rendah diri sangat. Betapa hidup ini kalau tidak ada redha padanya, maka sia-sialah ia. Walau apa segala yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari, peristiwa yang menggembirakan, yang menyedihkan, rasa sunyi, rasa bahagia, rasa sedih, semuanya berakhir dengan permintaan kepada Tuhan, agar hidup ini diredhai.

Kadang-kadang rasa nak meluahkan sesuatu tetapi tak sanggup, takut ianya akan menyinggung atau mungkin dia tidak akan sampai tahap empati seperti yang kita sangka, atau mereka akan penat dengan kita atau dan banyak-banyak lagilah. Dan akhirnya semuanya itu, aku berkeputusan untuk luahkan semuanya sahaja pada Dia. 

Tapii... bila aku mahu luahkan semuanya pada Dia, mulutku terkunci, tidak tahu bagaimana harus aku luahkan, terasa begitu mengada-ngadanya aku bila dibandingkan dengan masalah saudara kita yang lain, seperti saudara di palestin, Gaza dan kawasan yang sama waktu dengannya. 

Maka akhirnya apa yang mampu terluah adalah doa ini. Perkara yang selebihnya, biarlah sekadar hati yang memberitahu padaNya. Bukankah Dia itu maha mengetahui segala isi hati?.


Wahai Tuhan penghibur bagi hati-hati yang kesepian, hiburkan hatiku dengan perkara yang direhai olehMu. Sungguh aku mohon.




22 Ramadhan 1425
9.02pm


Comments

Popular posts from this blog

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,...

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most...

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antisepti...