Skip to main content

Dai'e yang Berblog VS Blogger yang Berdakwah

Ramai yang mempunyai blog. Anda juga mungkin seorang blogger, tetapi bagaimanakah anda gunakan blog anda untuk kebaikan yang membawa manfaat atau sekadar medan melepaskan emosi?

Blog bukan semata riadhah fikri

Blog bukan semata-mata satu riadhah pemikiran atau tempat kita tulis apa kita mahu dan biarkan. Blog adalah satu medan nasyru fikr (penyebaran fikrah yang baik). Lebih-lebih lagi kita mengetahui bahawa peperangan pada hari ini bukan hanya dengan senjata tetapi juga ghazwah alfikr (peperangan ideologi ).




Bukan sekadar trend.

Apabila kita menyedari bahawa blog mempunyai satu gapaian nasyru fikr yang luas, jadi kita mampu transformasikan sebagai satu alat dakwah kepada masyarakat dan menjadi antara sumbangan kepada Islam. Pada masa ini telah berlaku ledakan blog yang memang mengagumkan. Tetapi, persoalannya..


  • Adakah blog aku ini bermanfaat untuk Islam?
  • Apakah blog aku ini syarak? (tiada perkara yang Allah larang)
  • Konsistenkah?
Ramai yang menganggap bahawa promosi blog sama dengan "poyo", "cari publisiti" dan sebagainya. Ini satu kesilapan. Perkara ini perlu dibuang. Kalau benar hendak sebar Islam seluasnya, dua perkara yang kita perlu cantas dari diri kita ialah 'malu untuk sebar benda baik' dan 'takut orang kata apa'. Yang patut malu adalah yang memang sebar untuk cari populariti sahaja!


Kita keluar dari trend 'sekadar mahu ada blog' atau trend 'semua orang ada blog'. Kita cipta arus Islam dalam blog kita dan ekspensikan seluas mungkin.

Pengisian di dalam blog.

'Saya bukan ustazlah'

'Saya mana pandai tulis artikel panjang-panjang'

Sebenarnya untuk sebar Islam tidak semestinya jadi ustaz atau ustazah. Tidak semestinya kena tulis panjang-panjang.

Anda minat apa? Tulis diari? okey. Anda ini apa? Doktor? okey.

Jadi kita buat begini. Apa kata anda tulis diari anda sebagai doktor, pesakit-pesakit anda, peristiwa di persekitaran anda dan cuba ekstrak pengajaran-pengajaran darinya dan cuba hubungkan dengan Allah.

Itu sahaja sudah cukup memberi kesan kepada follower-follower di luar sana.

Anda minat apa? Tangkap gambar guna kamera DSLR? Okey.

Apa kata anda tangkap gambar lawa-lawa dan cuba hubungkan dengan kehebatan Allah. Anda juga mungkin boleh tangkap gambar Smiley dan kaitkan hadis fasal senyuman. 

Ini sahaja sudah amat menarik.

Blog yang sebar Islam tidak semestinya perlu dalam artikel panjang-panjang. Puisi pon boleh, cerpen pon boleh, novel bersiri pon boleh, diari atau pengalaman pon boleh..




Bukan semua orang berblog.

Saya tulis ini adalah untuk orang yang suka berblog. Ini bukannya seruan supaya semua perlu berblog. Bukan semua orang kena berblog. Dakwah ada banyak cara lain. Saya menulis ini adalah untuk saudara saudari saya yang minat berblog dan yang mempunyai blog. 

Kita gunakan minat kita untuk Islam.

Kalau orang yang minat melukis, gunakannya untuk Islam. Kalau minat menyanyi, gunakan nyanyian kita untuk Islam.

Janganlah pula lemas berblog.

Akhirnya, satu pesanan. Janganlah lemas di alam blog. Blogger yang baik itu adalah yang baik juga di alam realiti. Walaupun mungkin di alam reliti dia tidak di cari seperti di alam maya (mungkin juga merendah diri, sembunyi nama sebenar dan sebagainya), kita tetap ada kewajipan menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya.

Hidayah itu milik Allah. Maka jika benar kita berblog ini untuk memberi manfaat kepada Islam, hendak sebar hidayah Allah dengan meluas, maka kita sendiri perlu baik dengan Allah. Barulah kerja-kerja kita ini dipermudahkan. Bukanlah hidayah itu dihujung jari kita, tetapi Allah lah juga pemilik hidayah yang sebenarnya.

Maka janganlah kita anggap blog kita sebagai satu tempat mengajar orang lain, tetapi lihatlah blog kita sebagai satu medan memperbaiki diri dan mengajak orang lain ke arah yang sama.

Insya Allah, manfaatkanlah minat berblog ini.

Jadilah daie yang berblog.

Bukan sekadar blogger yang berdakwah.






Footnote: Dipetik dari Blogger = Daie , Batu-Bata Kehidupan

Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact