Skip to main content

Lelaki ke 11

Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada itu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak, tak bawa makna apa. Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai nangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul hayati kalam Allah ni.~Contengan Jalanan~



Pagi tadi, koi ade bukak TVAH tu, tup tup, Ustaz Izhar Ariff yang keluar. Ade dia cakap pasal Azam Ramadhan. Dan salah satu antara azam-azam yang dia kata tu adalah Bace AlQuran.

 " Bulan puase ni, takkanla sekali khatam  30 juzuk Al-Quran tu pun tak boleh. Orang yang macam kita ni   setengah jam dah boleh habis satu juzuk Al-Quran. Orang yang lancar bacaannye pulak dalam setengah jam tu dua juzuk dia boleh habiskan."

Koi rasa macam Ustaz ni, direct sound koi..huhu..dahla dia pandang koi langsung tak berkelip. 

Macam mana kita nak kekalkan azam Ramadhan kita ini, sampai lah hujung ramadhan nanti?
Dan ustaz tu jawab:

Memang segale setan-setan durjana itu dah kene ikat , tapi sebelum tu setan-setan tu dah didik nafsu kita untuk take over tugas-tugas setan setan terkutuk itu. Jadi, macam mana kita nak buat? Kenelah mujahadah sedikit. Bila bangun sahur tu, terus amik wudhu' buat solat sunat pastu baru masak atau makan. Kalau lepas sahur, rase ngantuk pulak, terus amik wudhu' p masjid.

Kalau yang macam koi ni yang tak pi masjid, boleh je baca Al-Quran lepas sahur sampai la azan Subuh. Jadi, takdela koi terlepas Subuh or jadi subuh Gajah.

Kalau macam orang lelaki, boleh pi terawikh. Tapi kalau orang perempuan, susah la nak pegi sebab kene jaga anak-anak. Boleh terawikh kat rumah je. Jadi, ape amalan yang orang perempuan ni boleh buat yang menyamai pahala solat terawikh di masjid?

 "Almar'atu jihadu fi buyutikum"
Bagi wanita-wanita itu jihad mereka dirumah. Ade sorang wanita bertanye kepada Rasulullah. Kami ini ingin berperang seperti para muslimin tetapi bagaimana dengan anak-anak kami? lalu Rasulullah jawab dengan ayat tadi.

Walaupun, soalan ni takde kene mengena sangat dengan koi tapi koi dapat rasa yang istimewanya ladies, sebab Allah bagi Rukhsah (keringanan) kepada ladies. Ini suatu kelegaan bagi ladies-ladies muslimah diluar sana..^^

Macam-mana orang perempuan nak habiskan 30 juzuk Al-Quran kalau period?

Orang perempuan kene kuatkan sikit membaca, sehari kalau boleh dua juzuk habiskan. Kalau datang period, baca terjemahan pun boleh, itupun sudah dapat keberkatan.

Jadi apelah salahnye, kalau kita untuk kali ini make a twist in our routine untuk banyakkan membaca Al-Quran. Berubah untuk kebaikan itu tidak salahkan?

 A man who decides to change on the 12th hour dies on 11th hour
Nak jadi yang man on 11th hour tu ke?

(senyum)













Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact