Skip to main content

Reply


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


*sorryla aok, saya copy je..^^


ape yg saye faham, saye tekankan lagi, dari apa yang saya faham,

semua baby dalam dunia ni, tidak kiralah dia itu lahir dari ibu yang sudah sememangnya islam atau tidak (belum islam) adalah dalam keadaan Islam atau fitrah.

Ingat tak cerita pasal dialog antara baby dengan Allah? err..pernah dengar ke?

 Saya pernah dengar dulu, sebenarnya sebelum kita lahir kita dah "sign" kontrak dengan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ni. Bahkan,kita dah tau pun Allah itu Tuhan kita. Kita sudah diberitahu tentang segala qada' dan qadar kita sebelum kita lahir. Kemudian, Allah hilangkan ingatan kita mengenainya sebelum kita lahir.

Berbalik kepada hadis tadi, lepas baby lahir, parent lah yang corakkan atau ajar baby tu jadi baik atau jadi jahat. Yang didik anak tu jadi Islam atau bukan.

Faham tak?..huhu

Kat sini, hadis ni nyatakan tentang pentingnya role ibu bapa untuk didik anak-anak mereka. Kalau baik Ibu bapanya, baikla anak-anaknye. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.... bagaimana gendang begitulah tarinya.... kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi....err..haha


Then, bila anak tu dah mumaiyiz (cukup umur) dan boleh membezakan baik dan buruk, yang hak dan batil, barulah dia cari kebenaran agama yang dia anuti sekarang ini.


Contoh:
Untuk orang yang belum Islam, once dia dah jumpe the truth of Islam . Dia akan masuk Islam dan ini kita panggil ia sebagai The One Who Revert to Fitrah. Macam yang saya cakap kat atas tadi Islam itukan fitrah.


Baby dilahirkan secara fitrah dan tiada dosa. 

Berbeza dengan Kristian, bagi mereka, baby yang baru lahir menanggung dosa , dan dosa itu perlu diampunkan dengan upacara pembaptisan. Once baby tu mati sebelum dibaptiskan dia masuk neraka. Tak adil kan?

Tetapi, di sisi Islam Baby yang mati sebelum mumaiyiz adalah ahli Syurga.


Erti Kembali Kepada Fitrah
  • Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w.
  • Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah  dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam".
  • Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai dengan fitrah kejadian asal dirinya.
  • Kembali kepada sifat-sifat manusia yang bersih sesuai dengan fitrah asal bagi dirinya.
  • Dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya, kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.
  • Yang berlawanan dengan itu adalah kebalikan daripada semuanya itu: kecelakaan, kegagagalan hakiki, penderitaan, rasa tidak puas, ketiadaan makna hidupnya.



    Nasib baik saya lagi comel..:p

    Dan soalan yang lagi satu tu, yang pasal Yahudi itu samada ia adalah bangsa atau agama saya tak pasti. maaflah ye^^


    ---------------------


Comments

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact