Skip to main content

Lihat Dengan Mata Hati

Ohayo !!!

Konichiwa !!!

Oyasuminasai !!!

eh, Assalamualaikum..^^

Rindu saya tak?..wahaha..jangan tipu, saya tau anda semua rindu saya kan kan kan ?

Maaflah sebab membuat blog saya ni berhabuk sikit, disebabkan ketiadaan emosi dan selera maka blog ini ditinggalkan kesepian.

Ada tiga benda yang kalau dilihat kita akan dapat pahala:
  • melihat wajah ibu bapa (p tengok sekarang, koi malu nak tengok depan-depan sebab tu koi tengok curik-curik je)
  • melihat kaabah (tengok kat tv pon boleh)
  • melihat laut ( jom pi picnic!!!)
 Saya rasa pelik, macam mana tengok laut leh dapat pahala?..sebab kalau nak diikutkan dengan arus modenisasi sekarang ni, makin tambah dosa adela dengan tengok orang couple2..tengok orang pakai tak cukup kain..ye la kan kat tepian laut kan banyak orang speses cenggini. wuhuhu..

Ok, jawapannya, dengan melihat laut, kita boleh  berfikir tentang kejadian alam.



Bila tengok laut terbentang luas depan mata....

         Ya Allah, luasnya laut ni, macam tak de penghujung..macam mana lah orang dolu-dolu purba kala   boleh pikir dunia ni ada penghujung?...tak patut-tak patut (geleng kepala). Bumi berbentuk sfera. Tak logik la bila teori orang purbakala mengatakan bahawa sesiapa yang pergi ke hujung dunia akan jatuh..

Bila tengok kapal-kapal layar ditengah laut...

        Terfikir dengan firman Allah... "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah Ar-Rum Ayat 36)

        Teringat jugak dengan kisah Nabi Nuh dan pengikutnya yang terselamat dari banjir besar. Manakala, kaumnya termasuk keluarganya yang ingkar tenggelam dalam lautan itu."Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku. (Surah Al-Qamar Ayat 11-13)

Bila tengok ikan-ikan dilautan...

 Ada kisah Nabi Yunus..
"Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak." (Surah As-saffat Ayat 139-142)

Dan bila pandang keatas dan lihat langit...

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Surah Al-Hijr ayat 16)

Bila pandang air laut...

"Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahmaan Ayat 19-21)

Bila pejam mata dan rasa angin sepoi-sepoi bahasa...

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya" (Surah Al-Hijr Ayat 22)

Dan bila tengok orang tak cukup kain di tepian pantai....

     Maka cepat-cepatla mengucapkan  Astaghfirullahalazim !!!

Haaaa...sebab tu la dengan melihat laut dapat pahala..banyak ibrah atau pengajaran yang kita dapat. Senang kan nak dapat pahala.?..huhu

In conclusion, lihat dengan mata hati, ^^

Don't believe what your eyes see, but believe what your heart see..@shaylasays


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-Rahman ayat 21)



Nakatsu Suichi..^^








Comments

  1. nak jugak ade nakatsu die..eheh

    ReplyDelete
  2. Blog dia pun berubah wajah lah. haha
    dont just see with your eyes, see with your heart. @ThisIsMesays :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Any advice for me?

Popular posts from this blog

Alia Brightening Day Moisturizer Review

 Hi, Assalamualaikum..  Hari tu moisturizer yang saya selalu pakai habis tau, pastu nak cari yang baru pergila watson.. Pastu cari2 saya jumpa satu produk ni, mungkin tertarik dengan dia punya packaging kan plus agak berpatutan (RM20+-) so..why not kita try!   https://shopee.com.my/product/5213478/6279835420?smtt=0.166707855-1628228999.9 Alia Brightening Day Moisturizer with SPF15! Tertarik sebab 1: packaging lawa dan pink colour gitu 2: moisturizer ada SPF !  Saya memang cari moisturizer yang ada spf terus, sebab tak payah nak apply banyak2 produk kat muka sebab rimas, haha..walaupun spf 15 sahaja..lagipun untuk pakai hari2 kat rumah je kan.. Jom kita tengok ingredient dia dan apa produk ni claim.. Ada beberapa key ingredient yang saya suka, Glycerin  (moisturizing agent).  Dia tarik kelembapan dari deeper layer of skin dan juga dari persekitaran, so kulit tidak kering dan kekal lembap. Niacinamide (Vitamin B3) Very powerful ingredient dalam skincare. Most of skincare produk sekarang

Cerita seorang Cikgu Tadika

" mama, barang apa tak beli lagi ni?, cepatlah ma, hari dah panas dah ni" " kejap, nak beli sikit lagi ni, tunggu je kat motor tu" Phone berbunyi.. nombor tak dikenali.. Tak angkat. Di rumah... "Nak masak apa hari ni ma?" " masak lemak ketam lah" " alaa, taknaklah ma, nak buat ketam masak merah boleh ma?" " suka hati kamulah" "Yey" Phone berbunyi lagi.. nombor yang sama..cuba diangkat.. " hello, ni cik syaidatul ye?..  blablabla..." -mama- "Siapa tadi tu ?' "Emmm, ada orang suruh pi interview" " kerja apa tu? Kat mana?" "Cikgu tadika ma, kat jauhh, adah pun tak tau kat mana, nak pegi ke tak ha ma?" "Pegi je laa, cuba, daripada kamu membuta kat rumah ni, baik kerja kan, dapatla jugak duit sikit" "Mana ada adah membuta, mak ni... " Ni lah padahnya bila seronok tabur resume,

Cosmoderm Balancing Gel-Cream Moisturizer Review

 Ada satu lagi produk yang best and magically it suits my skin! Moisturizer dengan 2 best key ingredient iaitu Niacinamide and Salicylic Acid! Which is we all knew yang niacinamide sebagai brightening agent yang boleh treat acne, reduce hyperpigmentation (bekas parut jerawat), mengurangkan penghasilan melanin dari membuat kulit jadi gelap. Salicylic acid sebagai exfoliating agent yang boleh menghilangkan blackhead, whitehead (yang selalu ada dekat hidung tu kan, geram je tengok) and bumpy skin! Dan mengecilkan pori dalam kulit. Tak payah lagi nak guna blackhead remover macam pore strips lah, guna wax lah sebab boleh rosakkan kulit. Panthenol (Vitamin B5) sebagai moisturizing agent juga. Ada banyak jenis moisturizing agent selain dari glycerin dan hyaluronic acid tapi produk ni dia guna Vitamin B5.  Sejuk bila pakai sebab ada soothing agent ( peppermint oil /mentha piperita) jugak dalam ingredient dia.   "Peppermint oil  naturally cleanses the skin and has antiseptic and antibact