Skip to main content

Posts

Teguran

Entah mengapa pada hari itu, hati Aina rasa terpanggil-panggil untuk ke surau. Lama sudah tidak ke sana. Sesudah di surau, ketika mahu membuka stokin dan menyarung telekung, terlihat kelibat seorang kakak senior. Aina:  Eh, akak, buat apa kat sini? Akak Senior:( soalan tadi tak berjawab) akak selalu jugak datang sini?, tak pernah nampak kamu pun? Aina: hihi, maybeeee sebab kita jarang datang sini kut, sebab tu tak selalu nampak. Akak senior: oooo, bizi ea? sejak bila dok taman ni? Aina: eh, lama dahhh, empat tahun yang lalu. Situasi tadi sudah menampakkan yang Aina memang betul=betul jarang ke surau taman itu. =_='. Usai solat isya', Aina dengan rasa malu menadah tangan berdoa. "Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku, Ya Allah, yang maha mendengar, maha melihat dan maha mengetahui segala isi hati,  dekatkanlah aku dengan orang-orang yang soleh dan solehah, agar aku tidak tersasar dari jalanMu, agar aku tidak terpesong dari jalanMu, Y...

Apa Rasanya Menjadi Buta?

Ini kisah petang tadi, di mana kami satu kelas dengan lecturer sekali menjadi Si Buta.  Pengalaman sebagai seorang buta bermula apabila kami dibahagi-bahagikan mengikut beberapa kumpulan. Jadi saya masuk dalam kumpulan yang ketiga. Kami diminta untuk menanggalkan spec, jam, phone, beg dan semua harta benda di luar tempat tu sebelum masuk. Kemudiannya diberikan walking stick setiap seorang as a personal assistant. Sebelum memulakan journey, kami di beri beberapa rules: 1. There are many doors inside there, but don't open it, (Masa dia cakap first rule ni, aku dah start terbayang dalam tu mesti ada rumah hantu, My God !!!) 2. There are some real things in there, you can touch, smell but don't taste it ( Statement ni buat aku terbayang ada katak ka, ular ka, cacing ka dalam tu...yewwwwww) 3. Inside there, listen only to Eric's voice, not others. ( Ni mesti ada distractions nanti) Apa lagi, aku dengan Faizah, Mira kecik, Ros pon dah start gelabah pegang tanga...

Dari Pandangan Hamba

بسمالله الرحمن الرحيم   Pada suatu petang yang cerah, ada sebuah keluarga di mana si ibu sedang tekun menyulam kain di tepi rumah. Si anak pula sedang leka bermain di halaman rumah sambil diperhati oleh ibunya tadi. Sedang asyik bermain bersama teman-temannya, si anak kehairanan melihat si ibu yang dari tadi tekun menyulam, lalu si anak menghampiri ibunya. "Mak, mak buat apa ni? " tanya si anak "Tiada apa-apa, kamu pergilah sambung main." Jawab si ibu. Si anak tadi sambung meneruskan permainan. Setelah letih bermain, si anak menghampiri lagi ibunya, bertanyakan perihal yang sama. "Mak buat apa ni?" Sambil melihat kain sulaman itu yang berserabut dari bawah kain itu. "Mak tengah menyulam. Kamu pergilah main lagi."  Lalu si anak bermain lagi, setelah beberapa lama kemudian, si ibu memanggil anaknya. "Kamu nak tengok tak apa yang mak buat tadi? " tanya si ibu "Nak. Mana dia?" Lalu s...

Tak Mampu Terluah

اللهم انا نساءلك رضاك والجنة Ya Allah, sesungguhnya kami memohon ridha dan jannahmu. Kalau dihayati maknanya, Subhanallah, rasa rendah diri sangat. Betapa hidup ini kalau tidak ada redha padanya, maka sia-sialah ia. Walau apa segala yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari, peristiwa yang menggembirakan, yang menyedihkan, rasa sunyi, rasa bahagia, rasa sedih, semuanya berakhir dengan permintaan kepada Tuhan, agar hidup ini diredhai. Kadang-kadang rasa nak meluahkan sesuatu tetapi tak sanggup, takut ianya akan menyinggung atau mungkin dia tidak akan sampai tahap empati seperti yang kita sangka, atau mereka akan penat dengan kita atau dan banyak-banyak lagilah. Dan akhirnya semuanya itu, aku berkeputusan untuk luahkan semuanya sahaja pada Dia.  Tapii... bila aku mahu luahkan semuanya pada Dia, mulutku terkunci, tidak tahu bagaimana harus aku luahkan, terasa begitu mengada-ngadanya aku bila dibandingkan dengan masalah saudara kita yang lain, seperti saudara di pa...

Saaf

Imam : Saaf... sila rapat-rapatkan saf anda. Saf yang tidak rapat melambangkan perpecahan ummat! Makmum : (terus rapatkan saf) Imam : Allahu akbar. ----- Tersentap dengan peringatan imam tadi. Memang peringatan on the spot . Disebabkan sekarang ramadhan dan penduduk Gaza di Palestin di serang bertubi-tubi oleh si zionis, Islam memerlukan ummat yang bersatu atas ikatan akidah dan persaudaraan untuk mempertahankan bumi Islam. Mari. Tembakkan doa untuk saudara kita di Gaza, Syiria, dan dimana-mana sahaja umat islam di dunia. Allahummansuril islama wal muslimin, fi ayyi makaan wa fi ayyi zamaan. 18 ramadhan 1435 H 10.22 pm

First Week Posting

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, sekarang dah habis final exam 3rd year dan sekarang tengah buat clinical lab posting di HUKM. Banyak benda yang dah berlaku, pahit manis tawar hambar semua ada. hmmm.. Minggu ni berpractical di Unit Hematologi.  First day lagi dah ade dugaan, kene masuk ward sebab nak amik sample bone marrow. Aku ni bab-bab hospital ni bila tengok patient ni takut sikit, pasal aku tak boleh tengok orang sakit, ngeri, bila tengok diorang mengerang kesakitan aku macam boleh rasa kesakitan diorang tu. Ni lah masalahnya bila terlebih empathy sangat. Lulllzsss.. Ceritanya begini..bila dah diberitahu yang kene masuk ward tu, hmm, memang badan dah rasa seram sejuk dah, sampai je kat ward tu, masuk bilik prosedur ade sorang patient je, chinese, lelaki, dah macam agak tua la jugak, tapi dia tengah tidur. Kebetulan masa tu doktornya tengah ade urusan lain, so, kena tunggulah.  10 minit kemudian.. Ade sorang doktor perempuan datang, masuk bilik tu. M...

Pegang pada Syahadah.

Di mana ? ke mana? demokrasi yang indah jalanan yang berdarah menyaksikan syuhada Dunia kau sepi hilang kata ternanti kau dengar dan fahami rasa hati menangis Engkau syahid hidupkan cintamu lagi bangkitkan hati-hati lama mati membela agama biar hancur luluh demi masa depan indah generasi Rabaah padamu mewangi kasturi berguguran cinta menghadap Ilahi janji Tuhan syurgamu menanti-nanti kepulangan wira yang sejati Bangkitkan hati-hati yang mati membela agama suci ini biarlah hancur jasadmu demi masa depan generasi musuh kau tutuplah cara bagaimana cahaya Allah kan kembali bersinar meninggikan syahadah mulia hapus kebatilan seluruh makarnya dunia yang lena sudah lama tidur bilakah terjaga kembali bertarung sempurnakan titah agungkan kembali dipersada Islam ke puncak tertinggi ------- Kita tidak mampu pergi ke Palestin, apa lagi untuk mengangkat senjata, juga untuk syahid di sana tapi kita punya perjuangan dalam ilmu maka niatkanlah demi umat mo...